Tuesday, May 22, 2012

Bangkitlah! Positifkan diri...............

Setiap individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar daripada masalah paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma masalah  yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah juga satu masalah. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya. Ingat!...masalah kecil, apabila tidak ditangani dengan baik boleh membawa kepada mudarat yang amat besar.

Setiap hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah, sekiranya bukan kita yang bermasalah, orang lain pula yang mendatangkan masalah. Oleh itu, kita perlu bersedia menghadapi permasalahan tersebut dan cuba mencari kaedah untuk mengatasinya. Jika anda berseorangan dalam menghadapi masalah, mari kita renung sejenak apa sebenarnya maksud setiap masalah itu, kaedah untuk mengatasinya serta panduan menghadapi masalah dengan tenang.

Masalah sebenarnya ialah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Dengan adanya ujian ini, kita akan kembali mengingati apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan yang ditetapkan oleh Allah ataupun jauh menyimpang.

Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian daripada Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ujian atau dugaan yang datang adalah daripada Allah, sama ada ujian itu sebagai 'kafarah' dosa yang kitak lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hamba-Nya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah :286 yang bermaksud: " Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya".

Oleh itu, sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka" (At-Taubah : 111)

5 Cara Terbaik Atasi Masalah ....:
1.   Sandarkan harapan pada Allah.
       * setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa
          setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan.

2.   Minta pertolongan daripada Allah
      
3.   Jangan sedih dan kecewa
       * yakinlah dengan janji Allah dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya
          tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya.

4.   Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai
       * walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan
          beban yang anda tanggung.

5.   Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain
       * mungkin masalah orang lebih besar daripada kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih
          tenang ketika menyelesaikan masalah. Sesungguhnya ujian yang datang itu tandanya Allah sayangkan
          kita. Jadi ambilah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa
          jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap
         dugaan datang daripada Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.





Tuesday, April 24, 2012

5 Minit Saja.

Tidak perlu waktu yang lama wahai para suami, hanya 5 minit saja yang perlu kita luangkan untuk isteri. Sekali pun usia isteri sudah tidak muda lagi, dia tetap ingin becerita tentang rindunya pada anak-anak yang jarang pulang ke rumah, tentang rindunya pada cucu-cucu yang semakin nakal dan lincah.

Tentang pokok-pokoknya yang merajuk tidak mahu berbunga, tentang lututnya yang  mula lenguh-lenguh. Semua itu hanya memerlukan 5 minit tapi kesannya 24 jam untuk hari berikutnya. Begitulah seharusnya kita menjaga keharmonian suami iateri, lebih-lebih lagi dalam usia MIDI.

Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya ketika bersama, lebih baik lagi di rumah. Jika kurang begitu penting, hindarilah singgah membuang waktu yang sesungguhnya milik keluarga. Apalagi berbual-bual kosong di warung, makan dan minum dengan rakan pejabat atau teman yang hanya akan menyebabkan perasaan iateri kita terluka. Ingatlah, isteri telah berusaha semaksimum mungkin untuk menyenangkan hati kita, memudahkan urusan kita, menjaga anak-anak kita namun ketika kita sampai di rumah semuanya seoalah-olah kita tidak perlu melayannya.

Apalagi ketika pulang, suami sudah dalam keadaan kenyang dan isteri terkulat-kulat makan seorang. Sedangkan sejak siang dia sudah melewatkan masa untuk menikmati makan bersama suami. Tidak ada salahnya bertanya hal-hal remeh padanya, "Ada berita baik apakah hari ini?" dan dengarkan apa yang ingin dia keluhkan. Yakinlah, sebulan saja kita amalkan isteri kita akan kembali bangkit semangatnya. Ghairah hidupnya kembali subur seperti ketika baru-baru bernikah dulu.

Tentunya, apabila hati isteri segar dan berbunga, dia akan bersedia menyambut kita dengan senyuman manisnya. Sudah pasti, yang beruntung bukan orang lain tapi diri kita juga.

Monday, February 27, 2012

Fenomena Jodoh Liat.

Isu wanira hidup membujang walau usia sudah mencecah hampir setengah abad vukan lagi perkara asing dalam masyarakat kita. Ramai wanita membujang pada usia lewat dan kebanyakan mereka berkerjaya dan berjaya dalam hidup masing-masing. Punca senario ini berlaku masih lagi dalam kajian namun beberapa pendapat menyatakan puncanya disebabkan taraf pendidikan, pekerjaan dan status wanita yang lebih tinggi berbanding lelaki.

Selain itu ada juga wanita yang masih belum berkahwin disebabkan jehendak sendiri yang lebih selesa hidup membujang. Jika hal ini berlaku sesungguhnya ia amat bertentangan dengan sunnah Rasulullah yang menggalakkan umatnya berkahwin. Ini disebabkan berkahwin adalah sunnah Rasulullah dan fitrah seorang manusia. Mereka yang enggan berkahwin bermakna telah mensia-siakan hidup di dunia yang memberi peluang manusia merasai segala rezeki dan rahmat yang dikurniakan Allah.

Fenomena ini sedikit sebanyak memberi impak kepada wanita kerana jumlah wanita tidak berkahwin akan bertambah dan sekali gus akan menyebabkan gelaran 'Anak Dara Tua' atau andartu semakin bertambah. Apabila perkara-perkara seperti ini berlaku, sudah semestinya rasa kecewa akan mudah membelenggu wanita dan merasakan diri mereka tidak sempurna apatah lagi apabila berhadapan dengan rakan-rakan atau saudara mara yang seusia tetapi telah bergelar isteri dan ibu.

Sikap sesetengah orang dan masyarakat yang melabelkan wanita lanjut usia, tetapi masih bujang dengan  ungkapan andartu dan andalusia ( anak dara lanjut usia ), selain cemuhan lain, turut membebankan minda dan jiwa mereka. Mengaitkan golongan ini dengan maksiat secara membuta tuli juga adalah tindakan yang tidak rasional. Namun, masih ramai yang prihatin dengan nasib golongan ini. Soal jodoh adalah kehendak dan ketentauan dari Yang Maha Esa, manusia hanya mampu merancang, tetapi segalanya terpulang kepada Yang Maha Pencipta.

Terdapat banyak faktor yang mengaitkan isu wanita yang mengaitkan isu wanita yang memilih untuk tidak berkahwin ini, antaranya termasuklah faktor status pendidikan, peluang pekerjaan kepada wanita yang terbuka luas, memikul tanggungjawab keluarga untuk menyara ahli keluarga dan memilih untuk mendapatkan calon  suami yang memenuhi kategori atau standars yang telah mereka tetapkan.Malah terdapat juga kes di mana si isteri memperoleh pendapatan yang lebih daripada suami mengndang konflik apabila si suyami mula merasa rendah diri dengan kelebihan yang dimiliki oleh si isteri. Rasulullah  menggalakkan umatnya berkahwin untuk menikmati nikmat hidup zahir dan batin. Islam melarang umatnya  hidup membujang dengan tujuan sengaja mengelakkan diri daripada menikmati kehidupan berkeluarga. Mereka seolah-olah ridak mahu mempunyai keturunan dan menolak apa yang sudah dihalalkan oleh Allah kepadanya.

Perkahwinan ialah sesuatu ikatan suci dalam Islam dan dimeteraikan oleh akad nikah oleh pengantin lelaki. Justeru perkahwinan terikat dengan hubungan suami isteri dan masing-masing ada tanggungjawabnya. Sikap ramai lelaki yang curang dan suka berfoya-foya, kegagalan bercinta, kurang yakin dengan lelaki yang dikatakan kurang berkualiti  dan tidak dilamar turut menyebabkan wanita ini lambat atau tidak berkahwin.

Dalam hal ini renungi firman Allah maksudnya:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia  menciptakan untukmu isterimu daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan  berasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang"- (Surah ar-Rum, ayat 21 ).

Ayat Al-Quran dan hadis di atas dalil yang menunjukkan kepentingan  dan hikmah di sebalik perkahwinan. Bagaimanapun, sebagai insan kita juga tidak dapat menafikan ketentuan Allah terhadap kehidupan setiap manusia.

Manusia sama sekali tidak dapat  menentukan apa yang akan berlaku dalam hidupnya walaupun sesaat. Semuanya dalam pengetahuan dan urusan Allah. Manusia disuruh berusaha dan ketentuan  adalah di atas kehendak Allah. Kita diperintahkan Allah untuk berusaha sedaya-upaya dan barulah bertawakkal kepadaNya.

Nasihat buat wanita  :
1.   Sentiasa ingat soal jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan dari Allah. Oleh yang demikian , sentiasa berserah dan redha dengan ketentuan tersebut dan melihat perkara jodoh sebagai sesuatu uang positif.

2.   Usaha juga adalah sebagai satu langkah untuk mencari jodoh. Usah hanya menunggu jodoh datang di depan mata. Sebaliknya, cubalah mencari kesesuaian agar pintu jodoh lebih mudah terbuka.

3.   Bersabar dengan ketetapan Ilahi dengan mengkaji segala kebaikan di sebaliknya.

4.   Membanyakkan zikir dan menambahkan ibadat. Zikir dan ibadat dapat mengukuhkan iman.

5.   Memahami ciri jodoh seperti yang digariskan agama. Tidak terlalu memilih dan meletakkan kriteria yang terlalu ideal untuk calon suami.

Friday, February 24, 2012

Pelupa VS Sayur-sayuran.

Adakah anda berasa dengan penambahan usia menjadikan anda semakin pelupa? Namun penyelidik mendapati bahawa sifat pelupa bukan sahaja berkait rapat dengan proses penuaan, tetapi juga disebabkan oleh pemakanan.

Banyak kajian yang dijalankan selama 25 tahun melibatkan lebih 1,300 wanita menunjukkan, makanan mempunyai kesan negatif dan positif terhadap otak manusia. Sayur-syuran misalnya terbukti mampu mengurangkan masalah pelupa akibat daripada kesan penuaan. Ini kerana sayur-sayuran, terutama yang berdaun hijau dapat meningkatkan keupayaan otak.

Lantaran itu anda disarankan agar mengambil 1 1/2 cawan sayur ketika makan tengahari, 1 1/2 cawan untuk makan malam dan 2 cawan buah-buahan setiap hari.

Thursday, February 23, 2012

Harga Sebuah Ilmu.

Diriwayatkan, ketika dalam suatu perjalanan, rombongan Imam Al-Ghazali telah ditahan oleh sekumpulan perompak. Semua barangan dan harta dirampas termasuklah beg Imam Ghazali yang berisi pelbagai jenis kitab.

Dengan penuh rendah hati Imam Ghazali bermohon agar begnya yang berisi kitab-kitab tadi dikembalikan. Dengan hairan ketua perompak itu bertanya kepada Imam Ghazali apakah isi dalam kitab-kitab tersebut.
"Ilmu," jawab Imam tersohor itu.
Ketua perompak itu bertanya lagi,"Apakah hilang ilmu andainya kitab-kitab itu hilang?"
Beliau menjawab."Ya. Sebab itu aku amat menyayangi kitab-kitabku ini."
Ketua perompak itu berkata,"Apalah sangat harga ilmu yang berada dalam kitab?"
Kata-kata tersebut bukan sahaja mengejutkan Imam Ghazali, tetapi juga telah menyedarkannya tentang suatu perkara penting yang selama ini diabaikan. sejak itu Imam Ghazali menghafal seluruh ilmu di dalam kitab-kitab miliknya.

Pengajaran yang boleh kita ambil ialah ilmu bukan hanya untuk dicari apabila perlu sahaja. Sepatutnya ia diamalkan agar ia menjadi sebahagian daripada diri kita yang amat berharga.

Tidak Perlu Malu Akui Kekurangan Diri

Bismillahirrahmanirrahim.............

Memasuki bulam Mac ini bermakna hampir suku tahun kita berada dalam tahun 2012. Betapa masa bergerak begitu cepat hingga tidak terasa bagai baru semalam kita meraikan tahun baru-Masihi dan Hijrah. Namun, kita tidak pula dapat merangkulnya kembali kerana yang berlalu akan terus berlalu dan kita perlu melangkah ke hadapan.

Barangkali, kita senang terbawa-bawa oleh emosi dan dijentik nostalgia lalu. Manisnya kenangan masa silam tetap kekal dalam memori, jelas terbayang di mata. Sayang sekali, kita hanya mampu mengenangnya namun tidak pula dapat diulang kembali. Begitu juga, pasti ada kekesalan atau kesilapan yang ingin kita tebus dek kealpaan masa lalu. Sementara sisa umur masih terbaki, kita diberi kesempatan untuk memperbaiki atau menampung kekurangan yang melingkari diri.

Misalnya ada yang sanggup belajar semula kerana dahulu sewaktu masih muda tidak berkesempatan lantaran kekangan waktu dan kesibukan. Bukan sahaja kembali mendalami ilmu dunia tetapi juga ilmu sebagai bekalan untuk dibawa apabila menuju ke dunia yang kekal abadi nanti.

Peluang dan ruang untuk belajar sentiasa terbuka dalam zaman teknologi maklumat hari ini. Mencari pengetahuan tidak sesukar dahulu kerana akses  terhadap ilmu begitu mudah, cepat, dan dapat dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Mencari guru yang bertauliah juga bukan masalah besar. Pokok pangkalnya kemahuan diri sendiri.

Semoga kita menjadi insan yang sentiasa dahaga akan ilmu dan berlumba-lumba untuk meningkatkan pengetahuan serta maklumat. Faktor usaia dan kemampuan fizikal bukan alasan. Tidak perlu berasa malu walaupun terpaksa duduk sekelas belajar dengan golongan yang lebih muda.

Mudah-mudahan sedikit ilmu yang dapat dimanfaatkan akan menjadi aset berharga yang akan kita tinggalkan setelah kita tiada nanti.

Salam manis......