Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu....Ibu....



Kedatangan bulan Mei memang sentiasa dinanti-nantikan, baik yang bergelar ibu mahupun si anak. Bagi ibu, inilah bulan yang dikhususkan untuk meraikan mereka, sebagai lambang kasih sayang terhadap insan yang telah melahirkan dan membesarkan zuriat tercinta. Penghargaan untuk ibu tidak kira dalam apa bentuk sekalipun, pasti diterima dengan hati terbuka. 

Setiap wanita yang bergelar ibu, mama, umi, bonda, mummy, atau apa-apa saja panggilan untuknya, sebenarnya bukan mengharapkan sambutan besar-besaran atau bermewah-mewah untuk meraikan hari istimewa itu.Malah, ada juga ibu yang tidak pernah tahu langsung mengenai Hari Ibu yang dimulakan oleh masyarakat Barat itu. Pada mereka, sudah jelas termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w, bahawa kedudukan ibu begitu mulia dan tinggi tempatnya dalam Islam. "Kasih ibu membawa ke syurga", itulah ungkapan yang dikenal sejak kanak-kanak hingga membawa ke uisa emas.

Bersempena sambutan hari ibu yang jatuh pada 9 Mei (Ahad) ini, kepada seluruh ibu di mana-mana jua, semoga Allah sentiasa merahmati hidup anda. Budi dan jasa anda tidak akan mampu dibalas walau dengan dunia seisinya. Selamat hari ibu buat ibu-ibu tercinta.

No comments:

Post a Comment