Setelah seharian bekerja menghadap computer, menjelang jam 5 petang terpaksa bergegas pulang ke rumah dalam kesesakan lalu lintas. Keadaan yang sama turut dialami ketika ke tempat kerja. Rutin sama berulang setiap hari, sehingga menginjak angka tahun. Ditambah bebanan kerja, masalah rumahtangga, rakan dan kewangan sehingga anda berasa seperti ingin menjerit sekuat hati atau menangis semahu-mahunya tanpa sebab.
Banyak punca yang menyumbang kepada stress. Sebagai individu yang hidup dalam suasana yang boleh menyebabkan stress adalah disaran supaya tidak memikirkan sesuatu perkara dengan serius, banyakkan senyuman dan sesekali muzik boleh bertindak sebagai terapi.
Ada di kalangan mereka yang menghadapi stress merasakan seperti di penghujung dunia. Mereka putus asa mungkin akibat terbabit dalam sesuatu masalah atau insiden. Mereka tahu menghadapi stress tetapi cuba menafikannya kerana tidak memahami apakah stress. Malah ramai antara kita mengaitkan stress dengan penyakit jiwa sehingga enggan mendapat rawatan. Peringkat permulaan stress dapat dikesan dengan mudah iaitu apabila mengalami kesakitan pada bahagian tengkuk dan bahu. Malah turut mengalami perubahan emosi yang mendadak misalnya bertukar watak daripada seorang yang sabar menjadi pemarah, seorang yang ceria tiba-tiba kelihatan murung dan muram.
Justeru itu, semua pihak khususnya wanita dan remaja supaya belajar mengawal diri, menghargai pihak lain dan diri sendiri. Apabila perasaan itu wujud secara automatik motivasi yang ada itu dapat membuatkan hidup lebih bermakna sekali gus menguasai stress.
No comments:
Post a Comment