Pelajarilah cara melawan perasaan negatif kerana perasaan tersebut boleh melemahkan minda dan semangat. Perasaan atau fikiran negatif ini boleh menjadi terlalu besar dan aktif dalam minda. Malah ada kalanya ia disertai dengan suara halus berbau ugutan. Elok anda 'tidak bekerjasama' dengan perasaan tersebut.
Lawan dan jangan biarkan ia mengganggu atau mempengaruhi kehidupan anda. Gunakan kemahiran berfikir dan rasional akal sebelum bertindak. Juga selesaikan apa yang membelenggu fikiran, bukan berfikir secara keterlaluan. Minda yang tidak aktif akan melahirkan individu yang lemah dan tidak bermaya.
No comments:
Post a Comment