Di sudut pasar Madinah, ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap hari akan memberitahu sesiapa sahaja yang mendekatinya, " Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, doa orang gila, dia pembohong, dia tukang sihir. Jika kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya."
Namun begitu setiap pagi Muhammad Rasulullah pasti akan datang kepadanya membawa makanan. Tanpa berkata sepatah pun. Rasulullah akan menyuapkan makanan yang di bawanya. Pengemis itu tidak pernah mengetahui bahawa orang yang menyuapinya itu adalah Rasulullah yang setiap hari dikutukinya. Begitulah yang Rasulullah dilakukan oleh Rasulullah setiap hari sehingga baginda meninggal dunia.
Suatu hari sahabat karib Rasulullah, Abu Bakar as-Siddiq berkunjung ke rumah anaknya, Aisyah, yang juga salah seorang isteri Rasulullah. Beliau bertanya anaknya, " Apa kebiasaan Rasulullah yang belum aku buat?. Jawab Aisyah, " Ayah seorang ahli sunnah dan hampir tiada satu pun kebiasaan Rasulullah yang belum ayah lakukan. Kecuali satu sahaja". " Apa dia?" tanya Abu Bakar. lalu Aisyah menceritakan mengenai pengemis buta yang selalu dikunjungi Rasulullah setiap hari.
Keesokan hari Abu Bakar pergi ke pasar membawa makanan. Ketika Abu Bakar menyuap pengemis buta, si pengemis mengherdik, " Siapa kamu?". Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa datang pada kau setiap hari". "Bukan! Kau bukan orang yang biasa itu, " balas si pengemis. "Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan, kemudian barulah dia berikan padaku," kata pengemis itu lagi.
Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya. "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku salah seorang sahabatnya. Orang yang mulia telah tiada. Orang itu adalah Muhammad Rasulullah!". Menangislah pengemis buta mendengar penjelasan Abu Bakar. "Benarkah begitu? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, tapi dia tak pernah marah. Setiap pagi dia datang padaku membawa makanan. Dia begitu mulia."
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar saat itu juga dan sejak itu menjadi Muslim.
No comments:
Post a Comment