Berikut sedikit tip untuk mengusir emosi negatif:-
Kekalkan Senyuman :
Walau dalam
keadaan marah sekalipun, cuba untuk mengukir sedikit senyuman. Dengan cara ini
kemarahan akan reda dan anda akan memperoleh ketenangan semula. Cubalah jika
anda tidak percaya.
Kemaskan Bilik Tidur :
Keadaan
bilik tidur yang berselerak akan membuat fikiran kita lebih berserabut.
Kemaskan bilik dan anda pasti akan rasa lega semula.
Pakailah Kemeja T-Biru :
Warna biru
menjadikan fikiran lebih tenang. Jangan pakai warna oren kerana ia mampu
merangsang jiwa yang panas. Warna merah dan ungu merangsang tenaga.
Dengarkan muzik kegemaran :
Semua orang
ada muzik kegemaran masing-masing. Mendengar muzik kegemaran boleh merangsang
semula semangat anda.
Perbaharui Selera :
Bawakan
kelainan dalam makanan harian anda. Misalnya hias ketika menghidangkan dan
gunakan pinggan mangkuk yang lain.
Hidu Bau Lemon :
Hiris lemon
ke dalam air minuman anda. Baunya yang segar pasti merangsang tubuh untuk
bertindak lebih aktif.
Belailah Haiwan Peliharaan :
Membelai
haiwan kesayangan dapat menenangkan kembali jiwa anda.
Selamat
Mencuba….
Kak, saya tertarik dengan tips pasal bau lemon itu. Nampaknya kena carik buah lemon ni...! :)
ReplyDeleteBuah lemon kan banyak di pasaran... Sbb tulah org putih selalu masuk lemon dalam masakan mereka agar mereka lebih aktif agaknya. Cuba uji try.... Tengok le AFC..
ReplyDelete