Friday, October 2, 2009

Jana Minda dengan Al-Quran.





Al-Qur'an adalah kitab suci umat Islam. Bagi Muslim, Al-Quran merupakan firman Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril dengan lafal dan maknanya. Al-Qur'an merupakan mukjizat Nabi Muhammad SAW yang sangat berharga bagi umat Islam hingga saat ini. Di dalamnya terkandung petunjuk dan pedoman bagi umat manusia dalam mencapai kebahagiaan hidup, baik di dunia mahupun akhirat.

Al-Qur'an mempunyai 114 surat, dengan surat terpanjang terdiri atas 286 ayat, iaitu Al Baqarah, dan terpendek terdiri dari 3 ayat, iaitu Al-'Ashr, Al-Kautsar, dan An-Nashr. Sebahagian ulama menyatakan jumlah ayat di Al-Qur'an adalah 6.236, sebahagian lagi menyatakan 6.666. Perbezaan jumlah ayat ini disebabkan oleh perbezaan pandangan tentang kalimah Basmalah di setiap awal surah (kecuali At-Taubah), kemudian tentang kata-kata pembuka surah yang terdiri daripada susunan huruf-huruf seperti Yaa Siin, Alif Lam Miim, Ha Mim dll. Ada yang memasukkannya sebagai ayat, ada yang tidak mengikutsertakannya sebagai ayat.

Dalam Al-Quran ada banyak ilmu yang boleh dikupas kerana Al-Quran itu sendiri adalah sumber ilmu yang sangat luas dan penuh dengan keberkatan. Jadi otak akan sentiasa berkembang apabila kita turut sama mengkaji terjemahannya. Otak juga boleh dijana dengan baik apabila kita cuba menghafaz ayat Al-Quran.  Kebaikan membaca Al-Quran juga ialah mata lebih sihat kerana fadilat memandang kebesaran Islam. Malah ketenangan jiwa juga boleh diperoleh apabila seing membaca mukjizat Allah ini.

Otak yang sentiasa berfikir ialah otak yang sihat dan mempunyai minda kuat. Bagi mendapatkan minda sihat, seseorang itu perlu berusaha. Apatah lagi mendalami ilmu yang terdapat di dalam Al-Quran adalah sangat dituntut. Hal ini selaras dengan tujuan Al-Quran diturunkan oleh Allah iaitu sebagai panduan hidup supaya manusia mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Mendekatkan diri dengan Al-Quran boleh mendatangkan keinsafan dalam diri sendiri. Secara tidak langsung dapat membendung diri daripada melakukan perkara yang mungkar atau membawa kemurkaan Allah. Banyaknya berlaku maksiat dan gejala buruk di dunia ini adalah disebabkan masyarakat tidak lagi menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.

No comments:

Post a Comment