Hari raya lepas sik sempat nak masak Masak Lodeh. Tiba-tiba jak rasa nak makan Masak Lodeh. Esok bolehlah masak, petang tok nak cari tempe dolok. Mungkin ada yang teringin nak masaknya tapi sik tau resipi. So, salinlah resipi tok..;
Bahan-bahannya:
1 sudu kecil udang kering
100 gram kubis bulat ( potong ikut suka )
100 gram kacang panjang ( potong ikut suka )
2 biji terung bulat ( potong ikut suka )
1 buku tempe ( potong ikut suka )
1 biji kelapa ( ambil santan )
1 sudu besar minyak
2 ulas bawang putih
6 biji bawang kecil
Cili ( ikut suka nak pedas @ tidak )
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Kisar bawang kecil, bawang putih dan udang kering
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar tadi sehingga garing. Masukkan santan dan kecilkan api
3. kemudian, masukkan sayur-sayuran tadi bersama tempe. Tambahkan serbuk kunyit.
4. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan cili dan garam secukup rasa.
5. Sedia dihidang.
SELAMAT MENCUBA....

No comments:
Post a Comment