Wednesday, December 22, 2010

Adab-adab bersahabat.


1.   Seseorang yang menjalinkan persahabatan hendaklah saling mengutamakan kepentingan sahabatnya dengan harta, tenaga, kepandaian dan sebagainya di samping memenuhi keperluan masing-masing tanpa dipinta.

2.   Teguh menyimpan rahsia dan keaiban sahabatnya samada di hadapan atau dibelakangnya.

3.   Sentiasa menjaga percakapan masing-masing dengan kata-kata yang menggembirakan dan sentiasa hormat-menghormati di antara satu sama lain.

4.   Memanggil nama sahabatnya dengan nama yang disukai oleh sahabatnya.

5.   Bersedia untuk memaafkan kelemahan dan kesalahan dengan cara yang disenangi, seperti tidak memarahinya tetapi sebaliknya memberikan nasihat dan teguran yang baik.

6.   Mendoakan sahabatnya agar sentiasa di dalam petunjuk dan mampu menunaikan amanah semasa hidup atau matinya.

7.   Berusaha meringankan beban keluarganya semasa adanya atau setelah ketiadaannya.

8.   Tidak memberatkan sahabatnya dengan bebanan yang menyulitkan serta bersedia untuk sama-sama menghadapi kegembiraan atau kesediaan dan sentiasa berbuat baik kepadanya.

9.   Tidak memotong percakapannya ketika dia sedang bercakap dan mendengar sehingga selesai percakapannya.

10. Sentiasa mendahuluinya memberi salam dan memberi penghormatan padanya apabila dia meninggalkan majlis. Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya : " Wahai anakku, duduklah engkau berhampiran ulama' kerana hati akan hidup dengan hikmah iaitu ilmu yang memberi manfaat di akhirat seperti bumu subur apabila dibasahi hujan ".

No comments:

Post a Comment