Wednesday, November 10, 2010

Tip Etika Menghadiri Majlis.



Pengkongsian Maklumat:

Menghadiri Majlis, bukan sekadar pergi, makan dan balik. Ketika menghadiri sesuatu majlis, tidak kira formal mahupun tidak formal. Jangan lupa etiket-etiket (Peraturan tingka laku @ sopan santun ) berikut:

1.   Memberi salam. Bergantung kepada majlis. Kini, semakin banyak majlis yang dianjurkan oleh kaum bukan Islam. Jika majlis tersebut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat daripada campuran pelbagai agama, memadailah mengucapkan kata-kata ucapan yang bersesuaian.

2.   Ketika sampai ke majlis tertentu, perkenalkan diri anda kepada penganjur ataupun tuan rumah. Sebut nama anda dan dari organisasi mana dengan jelas dan betul. Berkelakuanlah dengan kelakuan yang sopan dan tertib.

3.   Sewaktu memperkenalkan diri, hulurkan tangan dengan teliti. Jangan terlalu kasar. Biarkan genggaman tangan anda erat dan mesra ( sesama jenis saja ).

4.   Jika anda sampai ke sesuatu majlis, carilah tempat duduk di tempat yang masih kosong. Jangan mengambil tempat orang lain.

5.   Ingatlah, anda dijemput oleh penganjur untuk meraikan majlis. Hormatilah penganjur dan tuan rumah kerana kesudian mereka menjemput anda. Hormati tetamu lain dan berjabat tangan jika perlu.

6.   Baik lelaki mahupun wanita, etika berpakaian ke majlis perlulah sopan dan menapati tema. Sesetengah penganjur telah menetapkan tema pakaian dalam kad jemputan. Tema yang popular  ialah batik, pakaian kebangsaan, kemas, kasual atau yang bersesuaian. Elakkan memakai jean ketika ke majlis bagini.

7.   Pilihlah bau-bauan yang lembut supaya ia tidak memeningkan tetamu lain. Jika boleh gunakan bau-bauan yang ringan dan tidak pekat. Jangan memakai aksesori yang berlebihan sehingga mengganggu tumpuan tetamu lain.

8.   Jika anda lewat tiba sedangkan majlis sudah bermula, ambillah tempat di bahagian belakang. Elakkan terus duduk di tengah-tengah atau di hadapan melainkan disarankan oleh penganjur.

9.    Jangan berbisik-bisik berdua di dalam majlis kerana ia kurang sopan pada pandangan orang lain. Apatah lagi, perbuatan anda itu diikuti dengan anda memandang-mandang orang lain.

10.  Jangan asyik ketawa terbahak-bahak ataupun syik ketawa tanpa sebab. Hormati majlis yang anda hadiri.

11.   Hormati majlis yang anda hadiri. Janganlah membiarkan mata anda melihat ke sana ke mari tanpa arah. Ini memperlihatkan diri anda sebagai seorang yang tidak sopan.

12.   Hendaklah setiap anggota majlis menjaga tutur kata dan bicara di dalam majlis yang dihadiri. Jangan terang-terangnya mengatakan hidangan yang disajikan tidak sedap. Hiasan tidak cantik dan tuan rumah tidak cantik. Semua perbuatan ini adalah sangat tidak manis dan tidak digalakkan sama sekali dalam Islam, malah boleh mengundang dosa besar.

13.  Menjaga tingkah laku dalam majlis sangat penting. Jangan sampai menjatuhkan maruah orang lain mengenai tindakan anda. Ini akan memalukan tuan rumah. Elakkan kelakuan kurang sopan seperti menguap atau membuang hingus atau sendawa di dalam majlis.

14.  Sentiasa ingat untuk menutup telefon bimbit anda ketika menghadiri majlis. bunyi telefon bimbit lazimnya mengganggu tumpuan tetamu ketika dalam majlis terutamanya majlis-majlis seminar.

15.  Elakkan membawa anak-anak kecil anda ke majlis terutama yang formal. Anak kecil biasanya sukar dikawal ketika menghadiri majlis. Malah, merka juga sukar memberikan tumpuan.

16.  Dalam mana-mana majlis sekalipun, anda dilarang meninggikan suara. Jika mahu bercakap, cakaplah dengan nada suara yang sederhana. Jangan sekali-kali bercakap kasar dan nampak angkuh.

17.  Jika majlis diadakan di sebuah rumah, jangan cuba untuk curi-curi masuk ke bilik lain. Ia satu perbuatan yang tidak sopan. Mungkin tuan rumah ada menyimpan barang berharga dan apabila berlaku kecurian, ia mungkin mendatangkan masalah kepada anda.

18.  Jika anda tidak sihat, cuba duduk di bahagian belakang. Ini memudahakan anda keluar masuk ke dewan. Terutamanya jika anda mahu ke tandas. Jika anda menghidap penyakit yang mudah berjangkit seperti selesema atau batuk, seeloknya anda tidak menghadiri majlis berkenaan. Berterus terang kepada tuan rumah yang mengundang akan keadaan kesihatan anda yang tidak mengizinkan.

19.  Jika penganjur memberikan anda cenderahati, ucapkanlah terima kasih dan sentiasa bermanis muka dengan mereka. Jangalah terlalu gopoh dan membuka terus hadiah berkenaan pada masa itu juga. Mungkin hadiah yang anda terima tidak sama dengan tetamu lain. Apabila dilihat tetamu lain hadiah anda yang lebih mahal contohnya, tentu akan rasa tersinggung dan sakit hati.

20.  Elakkan daripada tidur di majlis tersebut. Jika anda terlalu mengantuk, pergilah ke tandas dan basuh muka. Hormati tuan rumah ataupun penganjur. Perbuatan anda yang tertidur di majlis orang hanya akan memeberi gambaran bahawa majlis bekenaan sangat membosankan.

21.  Sesetengah majlis ditutup dengan sedikit ucapan. Hormati majlis dan jangan bangun atau berdiri sebelum majlis penutup berakhir. Dalam majlis ilmu atau agama lazimnya ditutup dengan bacaan doa 'kaffarah'.

22.  Sebelum pulang, bertemulah penganjur ataupun tuan rumah untuk mengucapkan selamat tinggal. Ucapkan terima kasih kepada mereka atas layanan yang diberikan. Berjabat tangan sebelum pulang adalah dialu-alukan. Anggaplah layanan penganjur sebagai suatu sikap yang mulia.

No comments:

Post a Comment