Saya rasa terpanggil untuk menulis tentang tip melupakan kekasih ini, apabila melihat sejarah hitam cinta rakan-rakan dan orang di sekeliling. Bukan bermakna saya pakar cuma ingin membantu meringankan 'beban' yang dihadapi.
" Mengapakah hati ini begitu sukar untuk melupakan insan yang pernah bertahta di hati, sedangkan sudah bertahun-tahun lamanya memutuskan hubungan cinta. Biarkanlah kenangan lalu menjadi satu memori dalam hidupmu."
Manisnya saat pertama kali mengenali hati si dia, apatah lagi mengenangkan kembali bibit-bibit cinta yang pernah diharungi bersama. Ketika itu, hidup ibarat tinggal di atas kayangan bersama si pari-pari dan sang putera raja. Indahnya sinaran mentari sehingga tidak dapat menjelaskan apa yang terungkai di hati.
Namun, semuanya sementara. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. " Mengapa kenangan lalu masih menghantui fikiran " dan " Adakah si dia juga merasai apa yang aku rasakan ketika ini. ". Adakah perkara ini seringkali menjadi persoalan difikiran anda?..
Namanya seringkali menjadi ingatan walaupun sudah kita ada pengganti. Lebih parah, apabila kamu tidak dapat menerima cinta baru itu daripada insan lain, sedangkan kamu sudah berpisah bertahun-tahun lamanya. Mungkinkah kamu belum bersedia menerima penggantinya, sehinggakan teman-teman lain dapat melihat dan merasakan perubahan sikap kamu itu.
Berikut beberapa tip untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika dahulu dialah insan yang paling disanjungi. Antaranya;
1. Menghapuskan kenangan :
Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto anda berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata. Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggan kamu. Termasuklah juga sms dan pesanan suara daripadanya.
2. Jangan menyeksa diri :
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali di corong radio, jangan sampai membuat anda tergilakanya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.
3. Si dia punya pengganti :
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk anda melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk anda melakukan perkara yang sama.
4. Berhenti membandingkan :
Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila anda belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, anda akan menggunakan pelbagai macam alasan. Anda harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan anda hidup bersendirian dan menikmati hidup dengan sebaik-baiknya.
5. Cara terbaik melupakan si dia :
Untuk melupakannya anda harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya. Misalnya, dia seringkali mengutuk diri anda, membandingkan penampilan anda dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.
6. Rakan pendengar setia :
Luahkan masalah anda kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran anda.
7. Cipta fantasi :
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, hubungan cinta telah putus dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik anda mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang anda gambarkan?.
Cinta adalah rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh ditimbang atau disukat-sukat. Hati yang merasainya sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Cinta datang dari dua sumber iaitu dari Allah dan dari nafsu.
No comments:
Post a Comment