Friday, December 4, 2009

Petua Tidur Sempurna.

Bagaimana nak dapatkan tidur yang berkualiti supaya kesihatan mental dan fizikal terjamin? Sebenarnya ada banyak kaedah bagaimana caranya untuk mendapatkan tidur yang sempurna. Cubalah tip ini, kalai nak merasai nikmat tidur yang sebenar dan mendapat tidur yang sempurna.



Anda digalakkan untuk mandi dengan air panas 2 jam sebelum tidur kerana air panas mampu membantu melegakan badan, langsung menggalakkan anda untuk tidur dengan segera.

Jangan mengambil sebarang makanan sebelum tidur kerana makanan yang diambil akan merangsang otak dan memberi arahan pada badan untuk mencerna makanan, sekali gus menyebabkan kurang terjaga sepanjang malam.


Susu diakui baik untuk kesihatan. Selain menbguatkan giri dan tulang, susu terutamanya yang panas dipercayai mampu mengundangkan rasa mengantuk dan menyebabkan anda tidur dengan mudah.


Membaca novel adalah satu daripada cara untuk mengundang rasa mengantuk. Ia dipercayai lebih berkesan daripada menonton filem atau melayari laman web.


Anda digalakkan untuk menghabiskan semua tugasan harian sebelum masuk tidur. Tugasan yang tidak dapat dihabiskan menyebabkan anda berfikir dan merasakan bimbang sehingga sukar untuk melelapkan mata.


Suasana yang tenteram dan nyaman juga dipercayai boleh membantu anda untuk mendapatkan tidur yang sempurna. Oleh yang demikian pastikan bilik tidur anda sentiasa bersih, sejuk, kemas dan tidak lembab.


Satu kajian barat telah berjaya mengaitkan muzik dengan tidur. Hasil kajian yang diperoleh telah membuktikan bahawa muzik berjenis klasik mampu merangsang anda untuk tidur dengan mudah.


Posisi tidur dengan kepala lebih tinggi daripada dada mampu membuatkan perut anda rasa lebih selesa ketika berbaring. Oleh itu, penggunaan bantal yang tebal adalah digalakkan untuk memastikan anda mudah terlena.


Bayangkan apa-apa saja perkara yang menenangkan sebelum tidur. Contohnya hutan hijau, lautan biru. Cara tersebut dipercayai boleh membuatkan anda rasa seperti di awang-awangan. Tanpa disedari anda akan terlena dengan sendirinya.


Petang-petang macam tok, mun disorongkan bantal pasti tertidur. Apatah lagi badan terasa letih gilak. Tambah lagi driving tiap hari ulang alik ke tempat bertugas. ( 2 jam pegi dan balit ). Kejap lagi nak balit, mun dapat madi air panas...bestkan.

1 comment:

  1. Part yg last tu tak leh ler! Penah cuba imagine tapi len jadik nyer. Imagine muke hantu plak. Langsung2 tak leh tido.

    ReplyDelete