Wednesday, December 30, 2009

Info : Antara Jenis Makanan ANTIKOLESTROL.



1.   SOYA :
Kacang soya memgandungi 48% protien, lestin, vitamin dan zat galian. Ia juga dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya dengan kalsium dan mineral yang boleh membantu memecahkan lemak. Ia juga membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak yang baik (HDL).

2.   KUACI :
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3.   BUAH KERING :
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4.   IKAN TUNA :
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

5.   KACANG TANAH :
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolestrol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

6.   MANGGA :
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

7.   OAT :
Kajian saintifik yang dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekirannya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.

8.   JAMBU BATU :
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari., iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.

9.   KISMIS :
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

Selamat mencuba ........

No comments:

Post a Comment