Niat memainkan peranan penting dalam segala kegiatan sama ada yang bersifat keduniaan atau akhirat. Sesuatu amalan dipandang baik jika niatnya baik. Begitu juga sesuatu amalan bergantung pada niat si pelakunya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud, “ Sesungguhnya sah atau tidaknya amalan setiap orang bergantung pada niatnya.” ( Mutaffaq Alaih)
Rasulullah s.a.w selalu berpesan bahawa Allah tidak melihat pada rupa dan harta seseorang. Sebaliknya Allah melihat pada hati, bermakna Allah menilai seseorang berdasarkan niatnya. Baginda bersabda yang bermaksud, “ Sesungguhnya yang bercita-cita hendak melakukan suatu kebaikan tetapi tidak bias dilaksanakan, maka dituliskan baginya satu kebajikan.” ( Riwayat Muslim )
Lihatlah betapa Allah memberikan ganjaran yang hebat, walaupun dengan hanya menyatakan niat tetapi tidak melaksanakan dalam bentuk tindakan. Ini kerana niat yang baik dianggap sebagai ibadah dan bakal menerima pahala.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“ Manusia ada empat jenis iaitu orang yang diberikan Allah ilmu dan harta, lalu mengamalkan ilmu yang dimiliki dengan hartanya. Jika ada seseorang yang berkata, jika aku diberikan Allah nama seperti yang diberikan kepada orang itu, aku akan berbuat seperti dia, maka, kedua-dua orang yang berkenaan diberikan pahala yang sama. Dan ada orang yang diberikan harta tetapi diberikan-Nya ilmu, dan harta itu digunakan untuk berbuat kemaksiatan. Jika ada seseorang yang berkata, seandainya aku diberikan kekayaan seperti dia, aku akan berbuat seperti dia, maka kedua-duanya sama berdosa.” ( Riwayat Ibnu Majah dengan sanad yang baik )
...Setiap amalan itu bergantung kepada niat.
SALAM RAMADHAN.MOGA BULAN MULIA INI KITA BEROLEH KEBAIKAN
ReplyDeleteSalam Ramadhan juga. Terima Kasih Norawi atas kunjungan. Ya mudah-mudahan segala amalan baik kita akan diberkati olehNya dan segala amalan buruk kita akan diampuniNya. Insya Allah...amin. Ambillah ruang dan luang sempena kehadiran Ramadhan ini untuk kita mempertingkatkan amalan dan keimanan kita.
ReplyDelete