.... Renungan bersama, terutama untuk teman akrab saya, nun jauh di Sabah. Saya yakin beliau akan membaca blog saya ini. Saya amat simpati dengan 'dugaan dan cabaran' yang beliau hadapi dalam kerjaya. Sebagai teman saya hanya mampu mendoakan moga beliau tabah menghadapi segala dugaan dan ujian daripada Allah. Maknanya Allah menyayangi anda.
Bergelar seorang manusia, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada dikritik, dicaci dan dihina.Sedangkan Allah Yang Maha Pencipta, Maha Hebat, Maha Pengasih pun dicerca orang yang tidak berakal inikan pula kita manusia.
Jadi, berwaspadalah terhadap apa yang mereka katakan. Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan dan cemuhan. Jika hati kita terasa terusik, ini bererti kita membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita. Cara terbaik yang kita boleh lakukan ialah dengan terus menunjukkan akhlak yang baik, usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita . Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita. Berdiam diri itu lebih baik untuk memadamkan api yang sedang marak.
“ Katakanlah (Wahai Muhammad) : Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu”. ( Ali Imran : 119)
“ Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan kesenangan kepada mereka dan limpah kurnia-Nya “ (At-Taubah : 74).
No comments:
Post a Comment