Namun, kita harus ingat tidak semua orang dapat membantu masalah yang dihadapi, malah tidak kurang juga yang mencerca diri serta memberi pelbagai persepsi. Kesedihan yang diharap beransur pergi tidak menjadi realiti malah terus menghantui diri. Jadi kepada siapa kita harus mengadu? Siapa yang pasti membantu tanpa ada persepsi?
Hanya Dia….Dia Yang Maha Agung. Maha Kasih, Maha Kaya, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Adil dan segala-galanya iaitu Allah s.w.t. Kepada Dia kita berserah, kita mengadu menerusi doa dan ibadat. Hanya ibadat dapat membentuk peribadi dan ‘pengikat’ antara kita hamba-Nya dan Allah. Segala ibadat yang dilakukan dengan ikhlas dan tawaduk menjadi pertalian terus tanpa ada orang pertengahan ya ng menapis, menghalang dan sebagainya. Segala isi hati, rintihan dan luahan pasti didengarNya dan yakinlah Allah akan sentiasa bersama dengan insan yang bertakwa.
Allah berfirman :
“ Dan apabila hamba-hambanya-Ku bertanya kepadamu darilah-ku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada Aku supaya mereka menjadi baik serta betul”
-Al-Baqarah 186.
No comments:
Post a Comment