Biarpun liku-liku hidup yang dilalui terasa begitu payah, namun jika diri benar-benar mengenal Allah dan beribadat kepada-Nya,nescaya kita akan mendapat kebaikan, kebaikan dan ketenangan
Namun jika kita ingkar kepada-Nya, jiwa pasti tidak tenteram walau tinggal di istana yang mewah nan megah. Ketahuilah bahawa di akhir kehidupan adalah pahit dan menderita kerana kita belum memiliki kunci kebahagiaan nan sejati.
Allah s.w.t. berfirman, “ Dan kami mengurniakan dari berbagai-bagai jenis kekayaan dan anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang kuat yang sasa “ – Al-Qasas:2:38.
Jika diteliti pengertian ayat ini, Allah s.w.t membela mereka agar tidak terjerumus ke dalam kejahatan dunia dan akhirat. Ini adalah janji dan berita gembira daripada Allah bagi orang-orang yang beriman bahawa Allah akan menghindarikan mereka (kerana keimanan mereka) dari semua keburukan orang kafir, godaan syaitan, keburukan diri sendiri, amal perbuatan yang jelek dan membantu meringankan beban mereka. Setiap Mukmin berhak atas pembelaan dan keutamaan seperti ini sesuai dengan kadar keimanannya. Setiap orang diuji dengan perkara yang berbeza-beza dan percayalah ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada kita.
“ Dan sesiapa beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar “ -At-Taghaabun:11.
Berdasarkan ayat di atas, hendaklah kita memahami bahawa setiap musibah yang menimpa adalah ketentuan Allah. Apabila kita redha dengan dugaan ini, kita akan menerimanya dengan pasrah dan usahlah berputus asa berdoa agar kita diberi kekuatan dan jalan untuk menghadapi ujian getir itu.
No comments:
Post a Comment