Kasih sayang adalah ‘makanan asasi’ setiap makhluk di muka bumi. Kasih sayang tidak terbatas dalam lingkungan manusia sahaja tetapi lebih luas daripada itu.Rasulullah adalah contoh manusia yang paling banyak melimpahkan kasih saying seperti sabda baginda:
“ Perumpamaan kaum mukmin dalam cinta dan kasih sayang mereka ibarat satu tubuh yang apabila satu anggotanya menderita, maka seluruh tubuh akan turut menderita sama ada kerana tidak boleh tidur ataupun kerana panas.” ( Riwayat Muslim )
Dalam suatu kisah yang diriwayatkan Bukhari daripada Abu Qatadah, Rasulullah sendiri pernah memendekkan solat baginda ketika baginda terdengar seorang anak menangis dahaga.Baginda asalnya ingin memanjangkan solat tetapi tidak jadi berbuat demikian kerana menyedari betapa gundahnya hati seorang ibu (yang merupakan makmum dalam solat yang diimamkan oleh Rasulullah) apabila mendengar tangisan anaknya. Janji Allah cukup lumayan pada orang yang berkasih sayang seperti sabda Rasulullah yang bermaksud:
“ Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hamba-Nya yang berkasih sayang.” (Riwayat Bukhari)
Begitu juga, sekalian makhluk digalakkan supaya berkasih sayang kerana itu merupakan rahmat sekalian alam. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“ Sayangilah makhluk yang ada di bumi maka akan menyayangimu yang ada di langit.”
(Riwayat Thabrani dan Hakim)
Salam Cikgu Adzma,
ReplyDelete"boleh jawab soalan PTK hari ni (?)"
"moga disayangi selalu oleh para pelajar cikgu".
Salam Encik Zulkifli. Terima kasih sudi bertandang. Nak kata boleh jawab, memang boleh jawab soalan tapi tak tahu jawapan betul @ tidak.
ReplyDeleteBerdoa jelah. Mudah2an doa Encik Zulkifli dimakbulkan Allah..amin...