Friday, August 6, 2010

Fahami Fungsi Perkahwinan.



Daripada Abdullah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud : 
" Hai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah. Kerana perkahwinan itu dapat meundukkan mata dan kemaluan (daripada dosa). Sesiapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi."

Demikianlah fungsi sesbuah perkahwinan yang tidak terbatas kepada memnuhi tuntutan nafsu semata-mata. Sebaliknya perkahwinan juga dilihat sebagai sautu ibadat dan jalan selamat ke arah melahirkan generasi sihat dan beriman.

Disebabkan itu juga, Allah tidak menggalakkan seseorang terus hidup membujang semata-mata mahu beribadat kepadaNya. Ini kerana makna beribadat tidak terhad pada solat dan berdoa semata-mata tetapi lebih luas daripada itu.

Daripada Saad bin Abi Waqas, katanya :
" Rasulullah s.a.w pernah melarang Usman bin Mazh'un daripada membujang selama-lamanya semata-mata untuk melakukan ibadah kepada Allah. Andai kata Rasulullah mengizinkan kami berbuat begitu, sudah tentu kami mengembiri diri sendiri." (Sahih Muslim)

Demikianlah cantiknya peraturan yang disediakan Allah Ta'ala yang tidak meminggirkan kepentingan manusia tetapi dalam masa yang sama memberikan penekanan kepada ibadah.

No comments:

Post a Comment