Wednesday, August 18, 2010

Keyakinan diri.


Sifat rendah diri dan kurang yakin pada diri sendiri sering wujud dalam diri kita. Sikap negatif yang boleh mengundang keburukan ini perlu dielak dalam usaha kita untuk mencapai kecemerlangan terutama dalam pelajaran. Membina keyakinan dalam diri sebenarnya bukanlah mudah. Pelbagai pengaruh dalam diri seseorang itu sedikit sebanyak menghalang mereka membentuk keyakinan diri. Bagaimanapun, ia tidak bermaksud masalah berkenaan tidak boleh di atasi. Tanamkan sikap positif dan cuba kenal pasti apa sebenarnya maksud keyakinan diri itu.

Bertenang adalah perkara paling penting untuk menampilkan diri anda sebagai seorang yang berkeyakinan. Sikap ini perlu ditanam ketika menghadapi masalah atau mahu membuat keputusan tertentu. Memperlihatkan sikap menggelabah atau kelam-kabut akan membuatkan anda lebih tertekan menghadapi situasi ini. Jangan biarkan emosi menguasai diri kerana ia boleh membuatkan anda lebih tertekan dan marah.

Selain bertenang ketika menghadapi saat keliru untuk membuat keputusan, anda perlu mengamalkan sikap tolak ansur atau toleransi untuk menghadapinya, tidak mustahil anda dapat memiliki keyakinan dalam apa saja keadaan.

Apa saja yang kita lakukan dilaksanakan oleh otak yang bertugas selepas mendapat alasan kita. Sehubungan itu, sekiranya anda gagal dalam melaksanakan sesuatu tugas, ia adalah kesilapan anda kerana otak hanya melakukan apa yang anda arahkan. Sekiranya anda menyusun setiap tugas dengan sempurna, maka otak akan bekerja dengan lebih baik. Sehubungan itu, anda perlu bayangkan segala yang positif mengenai apa yang anda akan lakukan. Jika anda membayangkan anda akan gagal, maka tidak mustahil anda akan gagal. Jika anda membayangkan keyakinan diri dengan kuat dan lebih tenang, ia sudah cukup kuat untuk mendorong diri anda menjadi lebih yakin.

2 comments: