Sombong, angkuh dan bangga diri....3 sikap negatif yang tidak seharusnya ada dalam diri setiap manusia. Tidak ada apa yang hendak disombong atau dibanggakan kerana semua yang berlaku adalah dengan izin serta kekuasaan Allah. Memiliki wajah yang cantik, kekayaan, kedudukan serta kelebihan yang tidak dimiliki oleh insan lain, adalah punca utama yang menjadikan seseorang itu lupa pada kelebihan-kelebihan yang diberikan ini. Perlu diingatkan tidak ada manusia yang sempurna sifatnya. Mungkin kita diberi kelebihan dari satu segi namun kita ada kekurangan dari sudut yang lain pula.
Tip bagi mengelakkan sifat sombong :
* Jika berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. Ini kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa daripada kita. (Imam Al-Ghazali)
* Jika berjumpa orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang mereka pelajari dan ketahui. Menjadi lumrah kita menghormati orang alim. Bukan sekadar menghormati, malah menjadikan idola dan teladan untuk ikutan kerana kemuliaan ilmu serta amalan mereka.
* Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan sedar dan mengetahui.
* Bersedekah. Jika tidak mempunyai wang atau harta yang mencukupi, cukuplah sekadar memberikan salam atau dengan senyuman.
Sesungguhnya sifat sombong itu tidak pernah mendatangkan keuntungan, sebaliknya kerugian sebagai ganjarannya. Selain daripada kita akan kehilangan ramai kawan dan dibenci orang, malah ia turut dimurkai oleh Allah S.W.T.
Qatadah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Siapa-siapa yang meninggal dunia, sedang ia bebas dari tiga perkara, pasti masuk syurga. Tiga perkara itu ialah :
1. Sombong
2. Dengki / khianat
3. Hutang.
No comments:
Post a Comment