Tuesday, July 6, 2010

Lelaki handsome VS Lelaki tak handsome.


Sebagai makhluk Allah kita tak sempurna, sekacak @ secantik manapun kita pastikan ada kekurangan dan kelemahannya. Walau bagaimanapun kita seharusnya bersyukur atas nikmat kurniaan Allah terhadap kita.
 Musabah diri.........

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
 
Namun tak semua wanita beranggapan macam 2.........

2 comments:

  1. Ye, saya tak beranggapan mcm tu. Pada pendapat saya, kehenseman lelaki bukan pada rupa parasnya semata-mata. Kehenseman lelaki tersembunyi di sebalik sifat mulia mereka. Antaranya bertanggungjawab, bijak, berwawasan, tidak pukul perempuan, sentiasa ingin maju, sentiasa segak dan berpakaian kemas supaya sedap mata isteri memandang, dan lain-lain. Saya biasa melihat lelaki hensem rupa tapi buruk perangai. Hilang hensem, terus jadi lelaki busuk haha

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju dengan apa yang mak udak ketengahkan, tetapi agak susah untuk mencari seorang wanita yang tidak beranggapan begitu kepada lelaki yang tidak kacak. kalau ada pun mungkin sedikit bilangannya

    ReplyDelete