Syaidina Ali r.a berkata : "Jika engkau perlukan nikmat dunia, cukuplah Islam itu sebagai nikmat untukmu. Jika engkau ingin menjadi asyik,maka cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau mahukan pengajaran, maka cukuplah maut itu sebagai pengajaran."
Wednesday, September 22, 2010
Kaya Harta, Kaya Jiwa.
Setiap kita mengimpikan kesenangan, hidup dalam limpahan harta dan kemewahan. Selalu juga kita menganggap bahawa kekayaan harta benda lebih bermakna daripada kekayaan hati dan jiwa. Disebabkan itu, selalu kita terlajak dalam perbuatan kerana lebih mengejar kekayaan dunia melebihi kekayaan akhirat.
Rasulullah bersabda yang bermaksud :
" Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa." (Riwayat Bukhari)
Masih ingatkah kisah Qarun pada zaman Nabi Musa yang menjadi contoh manusia yang kufur dan angkuh dengan kekayaan yang dimilikinya? Dia bakhil, juga boros pada perkara-perkara yang tidak kena tempat (perkara haram), sedangkan Islam memerintahkan umatNya bersederhana dalam membelanjakan harta di samping mengeluarkan zakat yang difardukan.
Mendapatkan kekayaan tidak salah sama sekali. Sesungguhnya kekayaan harta dan usaha untuk mendapatkan harta tidak menjadi halangan di dalam Islam selagi seseorang itu berusaha dan bekerja dengan cara yang halal dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.
Namun mana yang lebih utama? Hidup mewah tetapi kosong jiwa atau hidup sederhana seadanya tetapi kaya jiwa?.
Renung dan fikir sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment