Wajah kita emosi kita. Begitu pendapat pakar-pakar kesihatan. Memang benar apa yang dikata kerana apa yang kita rasakan pasti akan tergambar pada wajah kita. Oleh itu, jika kita marah ataupun suka, kita tidak perlu untuk menceritakannya kepada sesiapa kerana ia akan jelas terpancar di wajah. Paling penting untuk anda tahu emosi yang bermain di wajah dapat mempengaruhi kerut dan kedut yang bertahta di wajah. Jika anda sering bimbang, marah dan runsing, kulit anda akan mudah menjadi berkedut terutama di sekitar mata, sudut bibir dan juga di dahi. Bagaimanapun jika anda sering tersenyum, ia akan menjadi terapi untuk awet muda. Jadi.......senyumlah selalu!
No comments:
Post a Comment