Monday, November 23, 2009

Pembahagian Lelaki Lembut.






Golongan lelaki lembut terbahagi kepada pelbagai kategori iaitu transeksual, intraseksual, tranvertisme dan fetishisme.

۝   Transeksual :   Golongan ini beranggapan jantina yang dipunyainya bukan jantina yang mereka hayati. Jiwa mereka berbeza dengan bentuk fizikal mereka, jadi mereka ubah perwatakan dan cara berpakaian agar sesuai dengan jiwa kewanitaan.

۞   Intraseksual :   Golongan ini pula merupakan golongan yang dilahirkan mempunyai dua organ kelamin. Corak pembesaran mereka ditentukan oleh ibu bapa ketika mereka kecil. Apabila tiba pada satu peringkat umur, golongan ini mula menyedari kecenderungan sendiri dan akhirnya membentuk identiti menurut naluri mereka.

۝   Tranvertisme :   Terjadi kepada lelaki yang normal tetapi berlagak sebagai wanita melalui cara berpakaian, percakapan dan sebagainya. Bagaimanapun, mereka berbuat demikian sekali-sekala sahaja bertujuan inginkan keseronokan.

۞   Fetishisme :   Lelaki yang gemar memakai pakaian dalam wanita bagi meningkatkan penghayatan seks mereka. Mereka menganggap tindakan berkenaan boleh merangsang keghairahan ketika bersetubuh.

Fenomena kecelaruan identiti seksual boleh dielakkan sekiranya ibu bapa memainkan peranan mereka dengan betul dalam membentuk peribadi anak-anak.  Proses pengenalan diri  anak-anak bermula ketika mereka berumur empat tahun.  Sebelum peringkat umur itu, ibu bapa yang menentukan peranan kanak-kanak tersebut sama ada menjadi lelaki atau perempuan. Justeru itu, para ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk membentuk dan mendidik anak mengikut acuan yang betul.

Bagaimanapun, terdapat juga anak-anak yang hanya berubah apabila mereka meningkat dewasa. Ia biasanya berlaku apabila anak-anak tidak lagi tinggal di bawah jagaan keluarga seperti bekerja atau melanjutkan pelajaran. Mereka berjumpa rakan sebaya yang mempunyai naluri yang sama, jadi mereka tidak segan silu untuk menukar identiti.
Sekiranya perkara itu berlaku, ibu bapa harus memahami dan berusaha mengubahnya menerusi pendekatan nasihat dan kaunseling. Kecelaruan indentiti seksual merupakan cabaran keluarga, jadi ibu bapa patut menanganinya dengan bijaksana dan menunjukkan contoh yang baik. Masyarakat harus berfikiran terbuka dan tidak membuat penilaian negatif dalam menghadapi golongan lelaki lembut. Mereka juga mempunyai hak untuk menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

No comments:

Post a Comment