Monday, October 7, 2013

Mulakan Hari Dengan Aura Positif.

     

1.   Mulakan dengan doa :
Memulakan hari dengan doa. Doa untuk bangun  awal dan capai matlamat untuk hari esok dengan cara yang terbaik. Tetapkan masa tidur, tidur awal dan bangun awal. Ini membuatkan anda tidak tergesa-gesa dalam menempuh hari yang sibuk.
2.   Berfikiran positif :
Walaupun berada dalam lingkungan negatif, cuba membiasakan diri dengan menuturkan ayat-ayat positif. Persekitaran negatif, biasanya membuatkan anda lumpuh  semangat, mendengar gosip yang tidak berasas, dimarahi, berdepan dengan orang-orang berfikiran negatif. Dalam keadaan ini cuba bawa bertenang.
 
3.   Work smart :
Perlu merancang pekerjaan, namun adakalanya juga banyak situasi yang akan menyebabkan rancangan anda gagal. Cuba membiasakan diri bersedia dengan perancangan A, B dan C. Jika anda bijak mengurus masalah, anda adalah pengurus yang baik. Situasi yang bermasalah kadangkala memberi satu pengalaman baru, jika masalah itu berjaya diselesaikan. Anggap masalah adalah perkara rutin yang perlu diselesaikan. Jika hasilnya adalah baik, anda boleh memberi ganjaran kepada diri sendiri. Tidak perlu menunggu orang lain meraikannya. Jika sebaliknya, berlapang dada dalam memperbaiki kelemahan.

4.   Hormat pemimpin :
Tidak perlu membuta tuli untuk mengambil hati ketua jabatan, atau siapa sahaja yang berada di atas. Elak sikap talam dua muka, walaupun anda bukan seorang yang gemar menunjuk-nunjuk dengan kebolehan anda. Pemimpin yang profesional boleh menilai dengan adil dan saksama kakitangan yang benar-benar boleh membuat kerja atau tugasan yang diberikan. Jangan mudah berkata tidak boleh sekiranya apa yang disuruh bukan kemahiran anda.  Jika diberi sesuatu tugasan penting, letakkan syak wasangka baik, anda mungkin boleh pelbagaikan kemahiran yang ada. Sebaliknya mohon bantuan daripada mereka yang lebih arif. Sekiranya hasil yang dibuat kurang memuaskan, usah gusar masih ada peluang dan ruang untuk memperbaikinya.
5.   Berkongsi ilmu :
Sebaik-baik ilmu adalah diamalkan, disebar dan dikongsi manfaatnya. Bukan hanya untuk memandaikan diri sendiri, tetapi boleh berkongsi kepada mereka yang gemar menuntut ilmu. Jika anda dijadikan pakar rujuk dalam sesuatu bidang, tidak salah jika berkongsi kemahiran. Satu pasukan yang hebat adalah apabila setiap ahli mengambil bahagian dan menggunakan kemahiran yang ada semaksima yang mungkin.
6.   Berlapang dada menerima kritikan:
Bukan mudah untuk menerima kritikan. Jika anda dikritik jangan cepat panas punggung. Sebaiknya, bawa bertenang dan berfikir secara rasional. Walaupun kadangkala rasa kecewa akan menyelinap, tetapkan gambaran positif. bahawa tugasan yang dibuat tidak memenuhi kehendak ketua.

 
*** Ingat :  Kita manusia biasa punya kelemahan dan kekuatan. Sebelum kita mengkritik orang lain, tengok kelemahan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment