Monday, June 21, 2010

Waspada Janji Manis.




Berhati-hati dengan segala janji manis lelaki yang sudah beristeri, takut nanti  terjerat dengan penipuan cinta keduanya. Seperti pasangan yang belum kahwin, mereka akan berusaha menyakinkan kekasih hati dengan godaan janji manis. Justeru, lelaki yang beristeri sanggup berbuat apa sahaja  untuk memujuk rayu cinta keduanya dengan janji manis bagi menjerat wanita kedua yang bertahta di hatinya.

Benar apa yang diungkapkan, setiap bicara kata manis lelaki mampu melenturkan hati kekasihnya. Namun, harus berhati-hati dengan janji manis mereka, takut nanti dijerat masuk ke lubuk percintaan kali keduanya. Berikut kata-kata manis lelaki yang sudah beristeri untuk memikat wanita kedua yang hadir dalam hidupnya.

۞  " Saya akan menceraikan isteri " - Janji itu seringkali dilafazkan oleh lelaki yang bergelar suami. Adakah janji itu akan ditunaikannya?. Sayang sekali, kebanyakannya tidak mahu mengotakan janji. Pelbagai alasan diberi termasuk kes penceraiannya masih di peringkat penyelesaian di Mahkamah Syariah. " Sabar ya sayang"., proses penceraian itu akan  selesai tidak lama lagi, " begitulah antara kata-kata manis yang dilontarkan lelaki setiap kali kekasih  menagih janji.

Bercerai bukannya satu perkara yang mudah bagi sesorang lelaki. Umumnya, mereka akan  memilih untuk kekal dengan perkahwinan pertama berbanding penceraian walaupun kebahagiaan yang dicari selama ini gagal. Apatah lagi, sekiranya lelaki itu telah dianugerahkan cahaya mata. Ini kerana, lelaki seringkali bimbang kehilangan anak-anak apabila bercerai. Ramai daripada kita seringkali tertipu dengan janji-janji sebegini.  " Tenang ya " sayang, tidak lama lagi saya akan menikahi anda." Inilah ucapan berulang kali yang akan dilontarkan lelaki sebagai satu cara untuk menunjukkan keseriusan dan ketaatan kepada kekasih.

Janji mengahwini kekasih terpaksa dibuat supaya si dia tidak berpaling arah pada cinta lain. Soalnya, bagaimana lelaki harus memberikan komitmen kepada kekasih., sedangkan dia terikat pada komitmen terhadap isteri dan anak-anaknya. Si Dia perlu menerima hakikat bahawa hanya segelintir lelaki yang benar-benar akan menceraikan isterinya semata-mata untuk menikahi kekasihnya.

۝   " Saya akan bawa awak ke rumah " - Janji itu biasanya dilafazkan  sebelum kekasih mengetahui tipu helahnya bahawa dia adalah hak kepunyaan orang lain. Dia berjanji akan menceraikan isterinya dalam masa terdekat tetapi tidak mungkin itu dapat ditunaikannya. Sekiranya kekasih  bertanya bilakah dia akan menetapkan tarikh perkahwinan, biasanya lelaki itu akan mencipta pelbagai alasan termasuk terlalu sibuk dengan kerjaya. " Saya memerlukan masa yang sesuai " atau " 
۞   "" Saya pasti datang ke rumah awak " -  Bagi lelaki yang beristeri, bertemu dengan kedua-dua ibu bapa kekasihnya akan mengundang risiko yang besar. Pertama, ia menandakan keseriusan hubungan kekasih dengan dia, sedangkan dia sudah mempunyai komitmen lain.  Kedua, dia belum bersedia berhadapan dengan pelbagai pertanyaan yang  akan dilontarkan oleh ibu bapa kekasih.  Dia berasa takut  apabila statusnya terbongkar. Maka, dia akan menghindari segala perkara yang tidak diingini. Dengan itu, dia akan memberi janji manis untuk bertemu dengan ibu bapa kekasih, tetapi tidak sedikitpun berniat untuk berjumpa dengan mereka.

۝   " Cuma awak yang ada di hatiku " -  Ucapan ini akan membuatkan kekasih terawang-awang.  Dia tahu bahawa kata-kata seperti itu akan membuat kan perasaan kekasih cair. Tetapi,  sebaiknya jangan mudah percaya dengan kata-kata itu. " Hanya awak yang ada di hatiku?" Ah, itu satu pembohongan besar. Selain kekasih, di hatinya masih ada anak-anak dan isterinya. Malah, si dia perlu tahu, merekalah yang mendapat tempat terbesar di hatinya.

۞   " Aku akan membahagiakanmu " - Kalimat ini hanyalah janji-janji manis untuk  dirinya. Dia tidak mampu membahagiakan kekasih, selain isteri dan anak-anaknya.  Bagaimana dia mampu membahagiakan kekasih, sekiranya keinginan kekasih tidak mampu ditunaikan. Walaupun dia sering memberi hadiah mahal kepada kekasih, namun sebenarnya bukan itu yang kekasih harapkan. Kekasih menginginkan hubungan yang stabil dan mampu hidup bersamanya. Sayangnya, hal itu tidak mampu ditunaikan atas alasan komitmen lain yang perlu diutamakan.

No comments:

Post a Comment