Monday, February 27, 2012

Fenomena Jodoh Liat.

Isu wanira hidup membujang walau usia sudah mencecah hampir setengah abad vukan lagi perkara asing dalam masyarakat kita. Ramai wanita membujang pada usia lewat dan kebanyakan mereka berkerjaya dan berjaya dalam hidup masing-masing. Punca senario ini berlaku masih lagi dalam kajian namun beberapa pendapat menyatakan puncanya disebabkan taraf pendidikan, pekerjaan dan status wanita yang lebih tinggi berbanding lelaki.

Selain itu ada juga wanita yang masih belum berkahwin disebabkan jehendak sendiri yang lebih selesa hidup membujang. Jika hal ini berlaku sesungguhnya ia amat bertentangan dengan sunnah Rasulullah yang menggalakkan umatnya berkahwin. Ini disebabkan berkahwin adalah sunnah Rasulullah dan fitrah seorang manusia. Mereka yang enggan berkahwin bermakna telah mensia-siakan hidup di dunia yang memberi peluang manusia merasai segala rezeki dan rahmat yang dikurniakan Allah.

Fenomena ini sedikit sebanyak memberi impak kepada wanita kerana jumlah wanita tidak berkahwin akan bertambah dan sekali gus akan menyebabkan gelaran 'Anak Dara Tua' atau andartu semakin bertambah. Apabila perkara-perkara seperti ini berlaku, sudah semestinya rasa kecewa akan mudah membelenggu wanita dan merasakan diri mereka tidak sempurna apatah lagi apabila berhadapan dengan rakan-rakan atau saudara mara yang seusia tetapi telah bergelar isteri dan ibu.

Sikap sesetengah orang dan masyarakat yang melabelkan wanita lanjut usia, tetapi masih bujang dengan  ungkapan andartu dan andalusia ( anak dara lanjut usia ), selain cemuhan lain, turut membebankan minda dan jiwa mereka. Mengaitkan golongan ini dengan maksiat secara membuta tuli juga adalah tindakan yang tidak rasional. Namun, masih ramai yang prihatin dengan nasib golongan ini. Soal jodoh adalah kehendak dan ketentauan dari Yang Maha Esa, manusia hanya mampu merancang, tetapi segalanya terpulang kepada Yang Maha Pencipta.

Terdapat banyak faktor yang mengaitkan isu wanita yang mengaitkan isu wanita yang memilih untuk tidak berkahwin ini, antaranya termasuklah faktor status pendidikan, peluang pekerjaan kepada wanita yang terbuka luas, memikul tanggungjawab keluarga untuk menyara ahli keluarga dan memilih untuk mendapatkan calon  suami yang memenuhi kategori atau standars yang telah mereka tetapkan.Malah terdapat juga kes di mana si isteri memperoleh pendapatan yang lebih daripada suami mengndang konflik apabila si suyami mula merasa rendah diri dengan kelebihan yang dimiliki oleh si isteri. Rasulullah  menggalakkan umatnya berkahwin untuk menikmati nikmat hidup zahir dan batin. Islam melarang umatnya  hidup membujang dengan tujuan sengaja mengelakkan diri daripada menikmati kehidupan berkeluarga. Mereka seolah-olah ridak mahu mempunyai keturunan dan menolak apa yang sudah dihalalkan oleh Allah kepadanya.

Perkahwinan ialah sesuatu ikatan suci dalam Islam dan dimeteraikan oleh akad nikah oleh pengantin lelaki. Justeru perkahwinan terikat dengan hubungan suami isteri dan masing-masing ada tanggungjawabnya. Sikap ramai lelaki yang curang dan suka berfoya-foya, kegagalan bercinta, kurang yakin dengan lelaki yang dikatakan kurang berkualiti  dan tidak dilamar turut menyebabkan wanita ini lambat atau tidak berkahwin.

Dalam hal ini renungi firman Allah maksudnya:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia  menciptakan untukmu isterimu daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan  berasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang"- (Surah ar-Rum, ayat 21 ).

Ayat Al-Quran dan hadis di atas dalil yang menunjukkan kepentingan  dan hikmah di sebalik perkahwinan. Bagaimanapun, sebagai insan kita juga tidak dapat menafikan ketentuan Allah terhadap kehidupan setiap manusia.

Manusia sama sekali tidak dapat  menentukan apa yang akan berlaku dalam hidupnya walaupun sesaat. Semuanya dalam pengetahuan dan urusan Allah. Manusia disuruh berusaha dan ketentuan  adalah di atas kehendak Allah. Kita diperintahkan Allah untuk berusaha sedaya-upaya dan barulah bertawakkal kepadaNya.

Nasihat buat wanita  :
1.   Sentiasa ingat soal jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan dari Allah. Oleh yang demikian , sentiasa berserah dan redha dengan ketentuan tersebut dan melihat perkara jodoh sebagai sesuatu uang positif.

2.   Usaha juga adalah sebagai satu langkah untuk mencari jodoh. Usah hanya menunggu jodoh datang di depan mata. Sebaliknya, cubalah mencari kesesuaian agar pintu jodoh lebih mudah terbuka.

3.   Bersabar dengan ketetapan Ilahi dengan mengkaji segala kebaikan di sebaliknya.

4.   Membanyakkan zikir dan menambahkan ibadat. Zikir dan ibadat dapat mengukuhkan iman.

5.   Memahami ciri jodoh seperti yang digariskan agama. Tidak terlalu memilih dan meletakkan kriteria yang terlalu ideal untuk calon suami.

Friday, February 24, 2012

Pelupa VS Sayur-sayuran.

Adakah anda berasa dengan penambahan usia menjadikan anda semakin pelupa? Namun penyelidik mendapati bahawa sifat pelupa bukan sahaja berkait rapat dengan proses penuaan, tetapi juga disebabkan oleh pemakanan.

Banyak kajian yang dijalankan selama 25 tahun melibatkan lebih 1,300 wanita menunjukkan, makanan mempunyai kesan negatif dan positif terhadap otak manusia. Sayur-syuran misalnya terbukti mampu mengurangkan masalah pelupa akibat daripada kesan penuaan. Ini kerana sayur-sayuran, terutama yang berdaun hijau dapat meningkatkan keupayaan otak.

Lantaran itu anda disarankan agar mengambil 1 1/2 cawan sayur ketika makan tengahari, 1 1/2 cawan untuk makan malam dan 2 cawan buah-buahan setiap hari.

Thursday, February 23, 2012

Harga Sebuah Ilmu.

Diriwayatkan, ketika dalam suatu perjalanan, rombongan Imam Al-Ghazali telah ditahan oleh sekumpulan perompak. Semua barangan dan harta dirampas termasuklah beg Imam Ghazali yang berisi pelbagai jenis kitab.

Dengan penuh rendah hati Imam Ghazali bermohon agar begnya yang berisi kitab-kitab tadi dikembalikan. Dengan hairan ketua perompak itu bertanya kepada Imam Ghazali apakah isi dalam kitab-kitab tersebut.
"Ilmu," jawab Imam tersohor itu.
Ketua perompak itu bertanya lagi,"Apakah hilang ilmu andainya kitab-kitab itu hilang?"
Beliau menjawab."Ya. Sebab itu aku amat menyayangi kitab-kitabku ini."
Ketua perompak itu berkata,"Apalah sangat harga ilmu yang berada dalam kitab?"
Kata-kata tersebut bukan sahaja mengejutkan Imam Ghazali, tetapi juga telah menyedarkannya tentang suatu perkara penting yang selama ini diabaikan. sejak itu Imam Ghazali menghafal seluruh ilmu di dalam kitab-kitab miliknya.

Pengajaran yang boleh kita ambil ialah ilmu bukan hanya untuk dicari apabila perlu sahaja. Sepatutnya ia diamalkan agar ia menjadi sebahagian daripada diri kita yang amat berharga.

Tidak Perlu Malu Akui Kekurangan Diri

Bismillahirrahmanirrahim.............

Memasuki bulam Mac ini bermakna hampir suku tahun kita berada dalam tahun 2012. Betapa masa bergerak begitu cepat hingga tidak terasa bagai baru semalam kita meraikan tahun baru-Masihi dan Hijrah. Namun, kita tidak pula dapat merangkulnya kembali kerana yang berlalu akan terus berlalu dan kita perlu melangkah ke hadapan.

Barangkali, kita senang terbawa-bawa oleh emosi dan dijentik nostalgia lalu. Manisnya kenangan masa silam tetap kekal dalam memori, jelas terbayang di mata. Sayang sekali, kita hanya mampu mengenangnya namun tidak pula dapat diulang kembali. Begitu juga, pasti ada kekesalan atau kesilapan yang ingin kita tebus dek kealpaan masa lalu. Sementara sisa umur masih terbaki, kita diberi kesempatan untuk memperbaiki atau menampung kekurangan yang melingkari diri.

Misalnya ada yang sanggup belajar semula kerana dahulu sewaktu masih muda tidak berkesempatan lantaran kekangan waktu dan kesibukan. Bukan sahaja kembali mendalami ilmu dunia tetapi juga ilmu sebagai bekalan untuk dibawa apabila menuju ke dunia yang kekal abadi nanti.

Peluang dan ruang untuk belajar sentiasa terbuka dalam zaman teknologi maklumat hari ini. Mencari pengetahuan tidak sesukar dahulu kerana akses  terhadap ilmu begitu mudah, cepat, dan dapat dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Mencari guru yang bertauliah juga bukan masalah besar. Pokok pangkalnya kemahuan diri sendiri.

Semoga kita menjadi insan yang sentiasa dahaga akan ilmu dan berlumba-lumba untuk meningkatkan pengetahuan serta maklumat. Faktor usaia dan kemampuan fizikal bukan alasan. Tidak perlu berasa malu walaupun terpaksa duduk sekelas belajar dengan golongan yang lebih muda.

Mudah-mudahan sedikit ilmu yang dapat dimanfaatkan akan menjadi aset berharga yang akan kita tinggalkan setelah kita tiada nanti.

Salam manis......