Tuesday, March 23, 2010

Membangun Kepercayaan diri.




" Kalau mereka boleh berjaya, saya pun boleh berjaya ". Inilah kata-kata yang sering dilafazkan oleh orang yang cemerlang dalam hidupnya. Apabila menghadapi masalah atau jalan buntu, mereka tidak mudah berputus asa kerana berkeyakinan bahawa kalau orang lain boleh buat sesuatu atau berjaya mengapa mereka tidak boleh. Rujukan mereka ialah orang yang cemerlang yang telah membuktikan kehebatan diri. Tetapi bagi orang yang lemah pula ada tiga kemungkinan: Pertama, mereka tidak ada rujukan mana-mana orang yang cemerlang. Keduanya, kalau ada pun rujukan orang yang cemerlang, mereka merasakan mereka tidak mampu atau layak untuk berjaya seperti itu. Atau ketiganya, rujukan mereka ialah rakan mereka yang lemah.

Bagi merasionalkan kelemahan atau kemalasan mereka, orang ini akan berkata " kalau si dia tu sudah berusaha pun masih gagal, buat apa kita berusaha bersungguh-sungguh".  Bagi sebahagian kita yang punya masalah rendahnya kepercayaan diri atau merasa telah kehilangan kepercayaan diri, mungkin boleh menjadikan langkah-langkah berikut ini sebagai proses latihan.

Cara terbaik untuk mengubah sistem keyakinan adalah mengubah definisi diri. Bagaimana menciptakan definisi diri positif. Di antara cara yang boleh kita lakukan adalah :
*   Membuat kesimpulan yang positif tentang diri sendiri / membuat pendapat yang positif tentang diri sendiri. Positif di sini ertinya yang boleh mendorong atau yang boleh membangun, bukan yang merosakkan atau yang menghancurkan.

*   Belajar melihat bahagian-bahagian positif / kelebihan / kekuatan yang kita miliki.

*   Membuka dialog dengan diri sendiri tentang hal-hal positif yang boleh kita lakukan, mulai yang paling kecil dan yang boleh kita lakukan hari ini.

Selaian itu, yang perlu dilakukan adalah menghentikan persepsi diri negatif yang muncul, misalnya saya tidak punya kelebihan apa-apa, hidup saya tidak berharga, saya hanya beban kepada masyarakat, dan seterusnya.  Setelah kita menghentikan, tugas kita adalah menggantikannya dengan yang positif, kontruktif dan motivatif. Ini hanya syarat awal dan tidak cukup untuk membangun kepercayaan diri.

Selanjutnya adalah merumuskan program / agenda perbaikan diri. Ini boleh berbentuk seperti memiliki target baru yang hendak kita wujudkan atau merumus langkah-langkah positif yang hendak kita lakukan.Semakin banyak hal-hal positif (target, tujuan atau keinginan) yang sanggup kita wujudkan, semakin kuatlah keinginan kita. Kita perlu ingat bahawa pada akhirnya kita hanya akan menjadi lebih baik dengan cara melakukan sesuatu yang baik buat kita. Titik. Tidak ada yang boleh menggantikan prinsip ini.

Kalau dibaca dari praktis hidup secara keseluruhan, memang tidak ada orang yang selalu yakin atas kemampuannya dalam menghadapi masalah atau dalam mewujudkan keinginan. Oleh itu, kita perlu memliki dasar keputusan yang positif. Di samping itu, yakin dan percaya bahawa langkah yang diambil dilandasi oleh prinsip-prinsip yang benar.

Yang penting lagi adalah menemukan orang lain yang boleh kita contohi dari segi kepercayaan dirinya. Ini memang menuntut kita untuk sering membuka mata melihat orang lain  yang lebih bagus dari kita lalu menjadikannya sebagai teladan atau idola.  Demikian pentingnya peranan orang lain ini, ada yang mengatakan bahawa kita boleh memperbaiki diri dari dua hal: pertama, pengalaman peribadi (life experiencing) dan kedua, mencontohi dan mempelajari orang lain (duplicating).

No comments:

Post a Comment