Sewaktu anda sedang melakukan tugasan harian tiba-tiba perasaan bosan menghantui diri. Apa sahaja yang dilakukan bagaikan ada sahaja yang tidak kena, buat itu salah dan buat ini juga salah. Mungkin anda bosan melakukan perkara yang sama saban hari atau juga anda perlukan ruang untuk diri anda sendiri. Bagaimana mahu mengatasi perasaan bosan...?.
Pagi-pagi sewaktu masuk ke pejabat atau tempat kerja, yakinkan kepada diri sendiri bahawa kerjaya yang anda sandang selama ini merupakan pekerjaan yang paling sesuai dengan diri anda. Perasaan cinta pada apa yang anda lakukan sudah cukup sebati dalam diri.
Tiada orang lain yang tahu tentang diri kita melainkan diri sendiri. Anda sendiri sudah pasti tahu apa yang anda mahukan dalam hidup. Misalnya jika anda seorang yang meminati dunia fesyen janganlah pula menjadi seorang juru audit atau pekerjaan yang tidak berkaitan dengan minat anda. Pasti anda akan pening kepala melihat perkiraan yang membebankan itu.
Mencari sumber inspirasi agar anda terus datang setiap pagi ke pejabat. Misalnya jika anda suka melihat kehijauan pokok, letakkan pokok kaktus di atas meja pejabat. Pastikan setiap pagi anda melihatnya dan mengharapkan agar ia hidup subur.
No comments:
Post a Comment