Friday, February 19, 2010

Siapa Lebih Jujur...?


Jujur merupakan satu nilai yang baik dalam diri seseorang individu. Malah digalakkan buat manusia untuk bersikap jujur dalam hidup mereka. Namun begitu, tidak semua insan di dunia ini jujur sepenuhnya. Siapa lebih jujur, lelaki atau perempuan? Berikut beberapa pendapat daripada 'teman-teman' berkenaan komen jika dibanding antara wanita dan lelaki, siapakah yang lebih jujur.

Pendapat pertama, wanita lebih jujur jika dibandingkan dengan lelaki. Ini kerana kadangkala sesetengah lelaki itu melakukan banyak benda yang tidak elok dalam kehidupannya. Walaupun begitu, sikap tidak jujur ini bukan menandakan seseorang lelaki itu jahat. Kadangkala keadaan yang memaksa mereka melakukan perkara yang tidak jujur. Jika mereka rasa tertekan, lagi mudahlah mereka untuk tidak jujur. namun begitu, sikap ini tidak berlanjutan dalam hidup seorang lelaki itu tetapi tidak dinafikan ia sentiasa ada.

Pendapat ke-2, Jika diberi peratusannya, wanita lebih jujur daripada lelaki kerana orang lelaki suka sembunyikan perasaan mereka. Malah tidak bercakap benar itu adalah perkara biasa. Secara teorinya, sikap ini mungkin timbul daripada persekitaran ketika lelaki itu membesar. Selalunya sikap tidak jujur lelaki ini akan hilang sebaik sahaja dia balik daripada menunaikan haji di Mekah. Pada ketika ini, si lelaki akan mula untuk cuba bercakap benar. Jika pada wanita pula, ada juga yang tidak jujur tetapi ia jarang berlaku dan susah bagi wanita itu untuk tidak jujur. Segala-galanya bergantung pada niat. Jika dari mula seseorang itu sudah berniat untuk tidak jujur, maka sampai bila-bila pun dia tidak akan jujur.

Pendapat ke-3 pula, Wanita lebih jujur kerana lelaki memang banyak akal. Memang fitrah seorang lelaki begitu. Lagi pun lelaki itu sendiri lebih berani dan banyak akal jika melibatkan perkara-perkara yang tidak elok jika dibandingkan daripada wanita yang lebih pemalu sifatnya. Seorang lelaki itu akan kekal dengan sikap tidak jujurnya selagi tidak kesna kesannya terhadap diri sendiri. Contohnya lelaki tidak jujur adalah jika dia sudah berkeluarga, dia pandai putar belit. Kadangkala dia ada aktiviti luar bersama kawan-kawan tetapi dia kata pada isterinya dia ada kerja lebih masa. Memang tidak elok tetapi itulah sikap sesetengah lelaki.

Demikianlah di antara pendapat oleh 'teman-teman' lelaki saya. Pada saya lelaki dan wanita banyak persamaannya. Semuanya terpulang kepada individu itu sendiri sama ada nak jujur atau tidak. Kita tidak boleh kategorikan siapa yang lebih jujur. Kita perlu juga tengok individu itu sendiri tidak kiralah lelaki mahupun wanita. Jujur atau tidak seseorang itu, kena ambil masa untuk mengenali diri seseorang itu terlebih dahulu. Kalau seseorang itu tidak jujur, kebenarannya akan terbongkar juga akhirnya. Saya tinggalkan kepada anda untuk memikirkannya.

2 comments:

  1. Mungkin apa yang mak udak katakan tentang lelaki tidak jujur berbanding wanita ada kebenarannya, tetapi pada saya untuk mencari kejujuran dalam diri sendiri adalah sesuatu perkara yang sukar.

    ReplyDelete
  2. Saya tak ada kata lelaki tidak jujur berbanding wanita. Apa yang saya catatkan di atas adalah pendapat-pendapat yang saya dapat daripada 'kekawan' saya. Pendapat saya yang kat bawah sekali. Bdw, terima kasih atas pandangan.

    ReplyDelete