Thursday, February 11, 2010

Sikap TER.....



Sikap ‘terlalu’  ini sangat berbahaya dalam perhubungan sekiranya tidak dikawal. Ia mungkin dapat  menjejaskan hubungan yang harmonis atau menjadi penyebab pertengkaran yang berulang pada sesebuah hubungan. Oleh itu lebih baik kita menyelidik diri sekiranya kita menghadapi gejala ‘terlalu’ dalam hubungan.  Di antara sikap ‘terlalu’ yang sering dilakukan oleh setiap pasangan:
Terlalu Manja :  Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya. Namun jangan manja berlebihan. Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.
Terlalu Cerewet :  Ada sebahagian wanita kurang menyedari, betapa buruknya wanita yang terlalu cerewet.  Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat dimaafkan. Namun cerewet kepada kekasih amat menyesakkan, meskipun dengan alasan ‘kerana aku sayang padamu’.
Terlalu Tertutup :  Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan menghambat komunikasi. Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonian setiap hubungan.  Baik lelaki mahupun wanita ingin mengetahui pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya.
Terlalu Sensitif  :  Wanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaannya, kerana takut melukai hatinya. Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas. Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.
Terlalu Memperlekeh  :  Lelaki tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apa lagi memperlekehkannya. Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak membuat lelaki merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan yang dihamburkan. Bila anda hendak memperbaiki kekasih anda yang terlalu banyak kelemahannya, anda perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit demi sedikit dengan cara yang sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.
Terlalu Menyanjung  :  Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk merapatkan hubungan, ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya diri kekasih anda. Tetapi kalau anda terlalu sering menyogoknya dengan pujian dan sanjungan, anda tidak saja merosak erti sebenar pujian, tetapi juga membuat si dia merasa bosan. Dia juga menganggap anda tidak ikhlas.
Terlalu Menuntut  :  Meskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangannya.
Terlalu Memiliki  :  Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu saja dia kekasih anda, namun bukan milik peribadi anda. Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain.

3 comments:

  1. Pada zaman sekarang susah untuk kita mencari wanita yang tidak mempunyai sikap 'terlalu', perkara ini berlaku mungkin di sebabkan situasi dan pengaruh kawan-kawan serta persekitaran.

    ReplyDelete
  2. Saya turut bersetuju dengan apa yang mak uda ketengahkan tetapi pada zaman sekarang terlalu sukar untuk kita bertemu dengan seorang wanita yang tidak mempunyai sikap 'terlalu'. mungkin ini di sebabkan pengaruh rakan-rakan serta persekitaran.

    ReplyDelete
  3. Pakngah bersetuju dengan apa yg mak udak ketengahkan tetapi rasanya untuk mencari seorang wanita yang tidak mempunyai sikap 'terlalu' pada masa sekarang adalah sukar.

    ReplyDelete