Monday, November 9, 2009

Sekitar Majlis Penganugerahan PPD Dalat 2009.

















 

Majlis Penghargaan Pejabat Pelajaran Daerah Dalat telah berlangsung pada 7 November 2009 di Dewan Perpaduan Daerah Dalat. Majlis diadakan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan yang telah diberikan oleh warga pendidik di daerah Dalat sepanjang tahun 2009.  Semoga daerah Dalat akan dapat meningkatkan lagi prestasi UPSR, PMR , SPM dan STPM pada tahun-tahun yang akan datang. Insya Allah. Amin

Friday, November 6, 2009

Umur.






Pada setiap doa kita pasti memohon dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Walaupun kita tahu semua itu dah ditentukan oleh Allah s.w.t. namun kita juga perlu berusaha agar kita sentiasa sihat..  Ingin panjang umur…? Ini rahsianya!

☼   Tidur yang cukup kira-kira 7 – 8 jam sehari

☼   Pengambilan antioksida yang mencukupi

☼   Senaman yang teratur

☼   Berat badan yang ideal

☼   Tidak merokok

☼   Pengurusan stress yang baik

☼   Bermeditasi secara rutin

☼   Luangkan waktu untuk bersantai

☼   Tertawa

☼   Punya binatang peliharaan

Renungan....



Senyumlah......





Wajah kita emosi kita. Begitu pendapat pakar-pakar kesihatan. Memang benar apa yang dikata kerana apa yang kita rasakan pasti akan tergambar pada wajah kita. Oleh itu, jika kita marah ataupun suka, kita tidak perlu untuk menceritakannya kepada sesiapa kerana ia akan jelas terpancar di wajah. Paling penting untuk anda tahu emosi yang bermain di wajah dapat mempengaruhi kerut dan kedut yang bertahta di wajah. Jika anda sering bimbang, marah dan runsing, kulit anda akan mudah menjadi berkedut terutama di sekitar mata, sudut bibir dan juga di dahi. Bagaimanapun jika anda sering tersenyum, ia akan menjadi terapi untuk awet muda. Jadi.......senyumlah selalu!

Thursday, November 5, 2009

Lensa MPSH SMKD pada 5 November 2009.


Pentas....


Wajah-wajah pelajar SMKD

 
Wajah-wajah pendidik SMKD....

 
 Tetamu yang hadir........


 
Ketibaan Yang Berhormat VIP........


 
 Ucapan Perasmian dan persembahan dari Teater Kris SMKD....

 
 Penyampaian Anugerah Modal Insan......

 
Antara Tetamu yang hadir...hampir penuh Dewan Utama.....

 
Persembahan penutupan......

Semoga SMKD mencapai kecemerlangan dalam semua bidang Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah serta mencapai Visi & Misi

Wednesday, November 4, 2009

Cemburu.....


Siapa yang tak pernah merasa cemburu? Ada ke? Cemburu sering dikaitkan dengan wanita. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Jangan terlalu melayan perasaan cemburu yang melampau akan mengganggu emosi, sekaligus membuatkan seseorang gagal untuk mengawal kemarahan. Jangan terkejut sekirannya perasaan cemburu itu menyebabkan kesihatan seseorang terganggu akibat terlalu memikirkan sesuatu yang sebenarnya tidak pernah terjadi. Ayuh kita lihat sejauh mana tahap cemburu pasangan anda mengikut bintang kelahiran mereka.



Capricorn ( 23 Disember – 20 Januari )



Lelaki Capricorn mempunyai sifat pendiam kerana dia merasa rendah diri dengan kehidupannya. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan menunjukkan perasaan tersebut kepada kekasih sebaliknya akan meluahkannya dengan cara lain seperti bersukan atau melakukan aktiviti bersama rakan-rakan.



Aquarius ( 21 Januari – 19 Februari )



Lelaki Aquarius biasanya menggunakan kata-kata sindiran untuk menunjukkan rasa cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topic perbualannya hanya tertumpu pada ‘seseorang’ sahaja, maka ternyatalah dia sedang cemburu.



Pisces ( 20 Februari – 20 Mac )



Lelaki yang lemah lembut dan baik hati lagi kuat cemburunya. Awas! Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya berlaku curang terhadapnya, lelaki berbintang Pisces ini akan menjadi seperti wanita yang menangis teresak-esak. Airmatanya sahaja sudah cukup untuk tenggelamkan anda.



Aries ( 21 Mac – 20 April )



Lelaki Aries mempunyai sifat dictator secara semulajadi. Selain suka memerintah, dia juga suka mengawal orang lain tidak kira dalam apa jua perkara. Apabila berhadapan dengan ‘musuh’, dia akan mengambil tindakan dengan pantas supaya ‘pihak lawan’ berundur daripada terus memikat kekasihnya.



Taurus ( 21 April – 21 Mei )



Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Namun, jangan sesekali anda berfikiran bahawa dia tidak tahu cemburu. Lelaki Taurus sangat pantang sekiranya dia mendapat tahu kekasihnya keluar makan malam bersama lelaki lain. Bersedialah dengan penjelasan yang sesuai untuk mengel;ak daripada ditinggalkan.



Gemini ( 22 Mei – 21 Jun )



Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan sahaja. Dia juga seorang yang suka bermain-main serta mudah bertukar pasangan. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki zodiac lain.



Cancer ( 22 Jun – 23 Julai )



Lelaki Cancer memiliki sifat yang bertentangan dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan denga kekasih malah gemar berkepit dengan  kekasih kerana sentiasa dibelenggu dengan perasaan tidak selamat (jangan ingat hanya perempuan sahaja yang mempunyai perasaan tidak selamat). Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkannya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.



Leo ( 24 Julai – 23 Ogos)



Lelaki Leo seorang yang ego tetapi sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh-temeh. Dia tidak akan membenarkan air mukanya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.



Virgo ( 24 Ogos – 23 September)



Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu seolah-olah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap akan bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.



Libra ( 24 September – 23 Oktober)



Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Menyedari perasaan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebolehnya dia tidak mahu menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu kerana takut akan menjejaskan hubungan mereka.



Scorpio ( 24 Oktober – 22 November)



Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah gambaran lelaki Scorpio. Dia sangat menghormati kekasih serta rasa cintanya terhadap pasangan tiada tandingan. Tetapi, cemburunya juga tidak kurang hebat. Jika kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia kan menunjukkan rasa cemburunya.



Sagitarius ( 23 November – 22 Disember)



Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun, cemburunya hanya sepintas lalu. Datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenar. Apabila mengetahui hal sebenar, cemburunya mula reda. Pun begitu, wanita yang berpasangan dengan Sagitarius jangan cepat berasa selesa. Apabila lelaki ini ada matlamat baru, dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.


Kepada yang baru nak cari 'Kekasih', info di atas boleh jadi panduan.


Monday, November 2, 2009

Khasiat Jagung.







Jagung adalah salah satu tanaman yang popular di negara kita.  Pelbagai jenis masakan boleh menggunakannya seperti direbus, dibakar, atau dijadikan pengat jagung dan sebagainya. Selain enak, jagung juga berkhasiat. Misalnya jagung muda memiliki khasiat luar biasa. Selain buah jagung muda tersebut, bulu jagung memiliki khasiat juga untuk kesihatan. Air rebusan batang dan bulu jagung muda dapat melarutkan batu ginjal. Selain itu, ia juga berguna mengubati penyakit batu hempedu, dan tekanan darah tinggi.

Sumber Majalah..