Syaidina Ali r.a berkata :
"Jika engkau perlukan nikmat dunia, cukuplah Islam itu sebagai nikmat untukmu. Jika engkau ingin menjadi asyik,maka cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau mahukan pengajaran, maka cukuplah maut itu sebagai pengajaran."
Sifat rendah diri dan kurang yakin pada diri sendiri senang wujud dalam diri kita. Sikap negatif yang boleh mengundang keburukan ini perlu dielak dalam usaha kita untuk mencapai kecemerlangan terutama dalam pelajaran. Membina keyakinan dalam diri sebenarnya bukanlah mudah. Pelbagai pengaruh dalam diri seseorang sedikit sebanyak menghalang mereka membentuk keyakinan diri. Bagaimanapun, ia tidak bermaksud masalah berkenaan tidak boleh di atasi. Tanamkan sikap positif dan cuba kenal pasti apa sebenarnya maksud keyakinan diri itu.
Bertenang adalah perkara paling penting untuk menampilkan diri anda sebagai seorang yang berkeyakinan. Sikap ini perlu ditanam terutama ketika menghadapi masalah atau mahu membuat keputusan tertentu. Memperlihatkan sikap menggelabah atau kelam-kabut akan membuatkan anda lebih tertekan menghadapi situasi ini. Jangan biarkan emosi menguasai diri kerana ia boleh membuatkan anda lebih tertekan dan marah.
Selain bertenang ketika menghadapi saat keliru untuk membuat keputusan, anda perlu mengamalkan sikap tolak ansur atau toleransi untuk menghadapi kekeliruan itu. Jika anda dapat menghadapinya, tidak mustahil anda dapat memiliki keyakinan dalam apa saja keadaan.
Apa saja yang kita lakukan dilaksanakan oleh otak yang bertugas selepas mendapat alasan kita. Sehubungan itu, sekiranya anda gagal dalam sesuatu tugas, ia kesilapan anda kerana otak hanya melakukan apa yang anda arahkan. Sekiranya anda menyusun setiap tugas dengan sempurna, maka otak akan bekerja dengan lebih baik. Oleh itu, anda perlu bayangkan segala yang positif mengenai apa yang anda akan lakukan. Jika anda membayangkan anda akan gagal, maka tidak mustahil anda akan gagal. Jika anda membayangkan keyakinan diri dengan kuat dan lebih tenang, ia sudah cukup kuat untuk mendorong diri anda menjadi lebih yakin.
Cinta itu perasaan jiwa semula jadi.
Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati
tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu. Dalam
memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia menghadapi krisis nilai,
insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta
itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang
bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan
cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh takwa.
Sifat Cinta :
Cinta itu suci, mahal dan tinggi
tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta
sebenar cinta.
Cinta Wujud
Sejak Dilahirkan:
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia
itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta
bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan
akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan .
WujudNya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar
cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia :
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan
menjadikan manusia itu bersedia menerima
cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula
untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia
serta saling memahami. Sedia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta. Sedia
untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah:
Walaupun kewujudan cinta tidak biasa
dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia
bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih
bersih.
Cinta Itu
Mengharap Balasan :
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau
pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila
dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling
sesuai dan secucuk dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal
balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga
memberi.
Cinta itu Menakluki :
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya
itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang
lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada
ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui :
Pada asasnya sebenarnya cinta itu
mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak
perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel
tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu
bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu
Hidup :
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar
serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar
cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci
cemburu, gembira, sedih, tenag, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup
sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai orang berharap agar cinta
itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci :
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci.
Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap
balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa
itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang
kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan
cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.
Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempersona :
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan
kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah
sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada
anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi
kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang
mempersonakan ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan
nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta
itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun
seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana persona cinta. Akal itu mampu
dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak biasa dikalahkan melainkan jika anda
sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah Itu Bukti Cinta?:
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta
itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih mahukan. Mereka
percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu, apakah
yang tinggal pada anda?. Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan
pengorbanan anda?. Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih
yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat
sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetap olehnya. Oleh itu, kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Namun, kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekirannya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Berusahalah untuk mencapai kecemerlangan.
Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu, perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ke tahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.
# Letakkan sasaran yang tinggi:-
Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi yang terbaik. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi.
# Cemburu dengan kejayaan orang lain :-
Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Bacalah kisah-kisah kejayaan orang lain. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambvil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.
# Elakkan dari sikap cepat puashati:-
Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Sikap puashati ini akan membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya. Usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh.
# Tingkatkan ' Standard ' anda :-
Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan 'standard' kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak 'standard'lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak 'srtandard'lah untuk berumah teres sahaja, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.
Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut 'standard' baru itu. Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam 'standar' yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung 'standard' tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.
Mungkin ada yang merasakan dalam usia 40++ sudah terlewat untuk membuat sebarang perubahan ataupun perancangan dalam hidup. Jangan begitu, tiada istilah terlewat dalam hidup ini. Yang penting anda ada kemahuan melakukannya.
Antara langkah yang boleh dilakukan agar kehidupan menjadi lebih baik atau melakukan sesuatu yang baru dalam hidup anda. Langkah yang boleh anda lakukan :-
* Anda perlu duduk dan fikirkan mengenai kehidupan baru yang bagaimana anda mahukan. Catatkan di atas kertas.
* Fikirkan dan rancang bagaimanan untuk mencapainya. Jangan fikirkan atau bimbang mengenai kegagalan. Ingat!...ada banyak peluang terbuka di depan mata. Buka mata hati dan lihat keliling anda.
* Jangan mahukan perubahan besar berlaku serentak dan mendadak. Biar sedikit / kecil tetepi berterusan. Setelah berjaya, jangan berhenti, tetapi terus berusaha. Mungkin anda juga boleh berkongsi kejayaan itu dengan orang lain agar ia dapat menjadi inspirasi untuk mereka menggapai impian mereka pula.
Buah betik baik untuk jangtung. Mungkin selama iini, ramai dalam kalangan kita yang tahu buah ini memang berkhasiat. Betik mengandungi banyak enzim yang berguna untuk pencernaan tubuh. Dalam usia lanjut, masalah pencernaan sering kali terjadi dan pengambilan buah ini sedikit sebanyak dapat melawaskan sistem pencernaan. Namun tahukah anda bahawa betik juga mengandungi potassium (kalium) yang merupakan nutrisi jantung. Potongan betik yang berukuran sederhana mengandugi kadar potassium 781 mg dibandingkan pisang bersaiz sederhana yang hanya 371 mg. Oleh itu, jangan lupa untuk masukkan buah betik di dalam diet seharian anda!........