Cinta itu perasaan jiwa semula jadi.
Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati
tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu. Dalam
memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia menghadapi krisis nilai,
insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta
itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang
bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan
cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh takwa.
Sifat Cinta :
Cinta itu suci, mahal dan tinggi
tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta
sebenar cinta.
Cinta Wujud
Sejak Dilahirkan:
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia
itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta
bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan
akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan .
WujudNya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar
cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia :
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan
menjadikan manusia itu bersedia menerima
cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula
untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia
serta saling memahami. Sedia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta. Sedia
untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah:
Walaupun kewujudan cinta tidak biasa
dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia
bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih
bersih.
Cinta Itu
Mengharap Balasan :
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau
pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila
dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling
sesuai dan secucuk dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal
balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga
memberi.
Cinta itu Menakluki :
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya
itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang
lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada
ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui :
Pada asasnya sebenarnya cinta itu
mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak
perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel
tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu
bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu
Hidup :
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar
serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar
cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci
cemburu, gembira, sedih, tenag, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup
sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai orang berharap agar cinta
itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci :
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci.
Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap
balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa
itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang
kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan
cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.
Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempersona :
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan
kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah
sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada
anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi
kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang
mempersonakan ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan
nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta
itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun
seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana persona cinta. Akal itu mampu
dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak biasa dikalahkan melainkan jika anda
sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah Itu Bukti Cinta?:
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta
itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih mahukan. Mereka
percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu, apakah
yang tinggal pada anda?. Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan
pengorbanan anda?. Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih
yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat
sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
No comments:
Post a Comment