1. Muda dan cantik berkait rapat dengan kesihatan hati. Dalam sembahyang, anda boleh mencuba merehatkan minda dan hati daripada keserabutan urusan dunia.
2. Tutup segala pintu dunia saat sembahyang, yang anda fikirkan hanya satu iaitu pulang dan kembali kepada Allah segalanya.
3. Iman tidak kenal usia pencen. Selagi kita bernafas ia wajib dijaga. Begitu juga dengan amalan soleh, tiada kata berhenti untuk beramal kerana kemuliaan. Manusia bukan terletak pada pangkat dan darjatnya, harta dan perhiasannya atau keturunan dan nasabnya.
OLEH ITU,..................
Pelajarilah cara melawan perasaan negatif kerana perasaan tersebut boleh melemahkan minda dan semangat. Perasaan atau fikiran negatif ini boleh menjadi terlalu besar dan aktif dalam minda. Malah ada kalanya ia disertai dengan suara halus berbau ugutan. Elok anda 'tidak bekerjasama' dengan perasaan tersebut. Lawan dan jangan biarkan ia mengganggu atau mempengaruhi kehidupan anda.
Gunakan kemahiran berfikir dan rasional akal sebelum bertindak. Juga selesaikan apa yang membelenggu fikiran, bukan berfikir secara keterlaluan. Minda yang tidak aktif akan melahirkan individu yang lemah dan tidak bermaya.
No comments:
Post a Comment