Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Guru.

Selamat Hari Guru kepada semua guru khususnya di SMK Dalat dan semua insan bergelar "Pendidik" di seluruh negara dan dunia amnya. Moga konsep "Guru mengajar, pelajar belajar dan guru belajar" diaplikasikan.



Tidak lupa kepada semua "Guru" yang telah mendidik diri ini sehingga menjadi orang yang berjaya. Terima kasih CIKGU...

" GURU PEMBINA NEGARA BANGSA "

Harga sebuah ilmu.



Diriwayatkan, ketika dalam suatu perjalanan, rombongan Imam al-Ghazali telah ditahan oleh sekumpulan perompak. Semua barangan dan harta dirampas termasuklah beg Iman Ghazali yang berisi pelbagai jenis kitab. Dengan penuh rendah hati Imam Ghazali bermohon agar begnya yang berisi kitab-kitab tadi dikembalikan. Dengan hairan ketua perompak itu bertanya kepada Imam Ghazali apakah isi dalam kitab-kitab tersebut.

"Ilmu," jawab Imam tersohor itu. Ketua perompak itu bertanya lagi, :Apakah hilang ilmu andainya kitab-kitab itu hilang?".  Beliau menjawab, "Ya. Sebab itu aku amat menyayangi kitab-kitabku ini."  Ketua perompak itu berkata, "Apakah sangat harga ilmu yang hanya berada dalam kitab?".  Kata-kata tersebut bukan sahaja mengejutkan Imam Ghazali, tetapi juga telah menyedarkannya tentang suatu perkara penting yang selama ini diabaikan. Sejak itu Imam Ghazali menghafal seluruh ilmu di dalam kitab-kitab miliknya.
Pengajaran yang boleh kita ambil ialah ilmu bukanm hanya untuk dicari apabila perlu sahaja. Sepatutnya ia diamalkan agar ia menjadi sebahagian daripada diri kita yang amat berharga.

Kecerdasan Emosi & Spiritual.



Kecerdasan emosi dan spiritual perlu berjalan seiring kerana apabila  kecerdasan emosi dan spiritual berjalan seiring di landasan yang sepatutnya, seseorang akan dapat :

@   menerima apa-apa sahaja ketentuan yang telah ditakdirkan ke atas diri mereka, namun dalam masa yang sama mereka tidak pernah lupa atau berhenti berusaha.

@   melahirkan potensi diri pada tahap yang tinggi.

@   Mengingati dan menginsafi tujuan asal mereka dilahirkan di dunia ini. Mereka akan menjadi anak, pasangan, ibu atau bapa dan pekerja yang baik.

@   Akan lebih memahami orang lain dan akan dapat menjalin hubungan dengan lebih mudah.

Wednesday, May 12, 2010

Adab bekerja.



Adab bekerja yang dituntut:

1.   NIAT :  menghadirkan niat yang ikhlas dan mengganggap pekerjaan yang dilakukan sebagai ibadah.

2.   JANGAN BERTANGGUH :   kerja yang boleh disiapkan hari ini jangan ditangguhkan ke esok.

3.   BERPAGI-PAGI :   datang awal. Rasulullah s.a.w bersabda : "Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi " (Riwayat al-Tirmizi)

4.   TEKUN DAN KOMITED DALAM PEKERJAAN :   sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, : " Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu, ia lakukan dengan tekun." (Riwayat al-Baihaqi)

5.   RENDAH DIRI

6.   UTAMAKAN IBADAH :   jangan menyibukkan diri dengan kerja hingga mengetepikan urusan ibadah kepada Allah.

7.   HALAL :   menjauhi pekerjaan yang mendatangkan sumber rezeki yang tidak halal.

8.   AMANAH

Lensa : Doa dan Syukur.

Tanggal 9 Mei 2010 telah diadakan Sambutan Hari Jadi saya, suami dan anak yang ke 2 secara sederhana aje. Sebagai tanda syukur ke atas nikmat yang Allah beri, juga sebagai penghargaan kepada pekerja-pekerja yang telah banyak memberi sumbangan kepada kami sekeluarga. Jutaan terima kasih kepada semua pekerja-pekerja kami.










Di antara pekerja yang hadir..




Licin.............................

Kekenyangan dah.....makan ketam, ikan fresh..yummy...yummy....


Selamat Hari Jadi..moga dilimpahkan rezeki, dipanjangkan umur dan bahagia hingga akhir hayat...amin.

Monday, May 10, 2010

Terima kasih teman.

Kamek nak ngambik kesempatan nak ucapkan jutaan terima kasih kepada teman2 yang mengucapkan 'Selamat Hari jadi' kpd kamek. Terima kasih atas ingatan kalian. Terharu, mcm2 sms yg diantar, mendoakan dan memberik semangat pada kamek. moga Tuhan membalasnya.

 TERIMA KASIH TEMAN ATAS INGATAN

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu....Ibu....



Kedatangan bulan Mei memang sentiasa dinanti-nantikan, baik yang bergelar ibu mahupun si anak. Bagi ibu, inilah bulan yang dikhususkan untuk meraikan mereka, sebagai lambang kasih sayang terhadap insan yang telah melahirkan dan membesarkan zuriat tercinta. Penghargaan untuk ibu tidak kira dalam apa bentuk sekalipun, pasti diterima dengan hati terbuka. 

Setiap wanita yang bergelar ibu, mama, umi, bonda, mummy, atau apa-apa saja panggilan untuknya, sebenarnya bukan mengharapkan sambutan besar-besaran atau bermewah-mewah untuk meraikan hari istimewa itu.Malah, ada juga ibu yang tidak pernah tahu langsung mengenai Hari Ibu yang dimulakan oleh masyarakat Barat itu. Pada mereka, sudah jelas termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w, bahawa kedudukan ibu begitu mulia dan tinggi tempatnya dalam Islam. "Kasih ibu membawa ke syurga", itulah ungkapan yang dikenal sejak kanak-kanak hingga membawa ke uisa emas.

Bersempena sambutan hari ibu yang jatuh pada 9 Mei (Ahad) ini, kepada seluruh ibu di mana-mana jua, semoga Allah sentiasa merahmati hidup anda. Budi dan jasa anda tidak akan mampu dibalas walau dengan dunia seisinya. Selamat hari ibu buat ibu-ibu tercinta.