Isu wanira hidup membujang walau usia sudah mencecah hampir setengah abad vukan lagi perkara asing dalam masyarakat kita. Ramai wanita membujang pada usia lewat dan kebanyakan mereka berkerjaya dan berjaya dalam hidup masing-masing. Punca senario ini berlaku masih lagi dalam kajian namun beberapa pendapat menyatakan puncanya disebabkan taraf pendidikan, pekerjaan dan status wanita yang lebih tinggi berbanding lelaki.
Selain itu ada juga wanita yang masih belum berkahwin disebabkan jehendak sendiri yang lebih selesa hidup membujang. Jika hal ini berlaku sesungguhnya ia amat bertentangan dengan sunnah Rasulullah yang menggalakkan umatnya berkahwin. Ini disebabkan berkahwin adalah sunnah Rasulullah dan fitrah seorang manusia. Mereka yang enggan berkahwin bermakna telah mensia-siakan hidup di dunia yang memberi peluang manusia merasai segala rezeki dan rahmat yang dikurniakan Allah.
Fenomena ini sedikit sebanyak memberi impak kepada wanita kerana jumlah wanita tidak berkahwin akan bertambah dan sekali gus akan menyebabkan gelaran 'Anak Dara Tua' atau andartu semakin bertambah. Apabila perkara-perkara seperti ini berlaku, sudah semestinya rasa kecewa akan mudah membelenggu wanita dan merasakan diri mereka tidak sempurna apatah lagi apabila berhadapan dengan rakan-rakan atau saudara mara yang seusia tetapi telah bergelar isteri dan ibu.
Sikap sesetengah orang dan masyarakat yang melabelkan wanita lanjut usia, tetapi masih bujang dengan ungkapan andartu dan andalusia ( anak dara lanjut usia ), selain cemuhan lain, turut membebankan minda dan jiwa mereka. Mengaitkan golongan ini dengan maksiat secara membuta tuli juga adalah tindakan yang tidak rasional. Namun, masih ramai yang prihatin dengan nasib golongan ini. Soal jodoh adalah kehendak dan ketentauan dari Yang Maha Esa, manusia hanya mampu merancang, tetapi segalanya terpulang kepada Yang Maha Pencipta.
Terdapat banyak faktor yang mengaitkan isu wanita yang mengaitkan isu wanita yang memilih untuk tidak berkahwin ini, antaranya termasuklah faktor status pendidikan, peluang pekerjaan kepada wanita yang terbuka luas, memikul tanggungjawab keluarga untuk menyara ahli keluarga dan memilih untuk mendapatkan calon suami yang memenuhi kategori atau standars yang telah mereka tetapkan.Malah terdapat juga kes di mana si isteri memperoleh pendapatan yang lebih daripada suami mengndang konflik apabila si suyami mula merasa rendah diri dengan kelebihan yang dimiliki oleh si isteri. Rasulullah menggalakkan umatnya berkahwin untuk menikmati nikmat hidup zahir dan batin. Islam melarang umatnya hidup membujang dengan tujuan sengaja mengelakkan diri daripada menikmati kehidupan berkeluarga. Mereka seolah-olah ridak mahu mempunyai keturunan dan menolak apa yang sudah dihalalkan oleh Allah kepadanya.
Perkahwinan ialah sesuatu ikatan suci dalam Islam dan dimeteraikan oleh akad nikah oleh pengantin lelaki. Justeru perkahwinan terikat dengan hubungan suami isteri dan masing-masing ada tanggungjawabnya. Sikap ramai lelaki yang curang dan suka berfoya-foya, kegagalan bercinta, kurang yakin dengan lelaki yang dikatakan kurang berkualiti dan tidak dilamar turut menyebabkan wanita ini lambat atau tidak berkahwin.
Dalam hal ini renungi firman Allah maksudnya:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isterimu daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang"- (Surah ar-Rum, ayat 21 ).
Ayat Al-Quran dan hadis di atas dalil yang menunjukkan kepentingan dan hikmah di sebalik perkahwinan. Bagaimanapun, sebagai insan kita juga tidak dapat menafikan ketentuan Allah terhadap kehidupan setiap manusia.
Manusia sama sekali tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku dalam hidupnya walaupun sesaat. Semuanya dalam pengetahuan dan urusan Allah. Manusia disuruh berusaha dan ketentuan adalah di atas kehendak Allah. Kita diperintahkan Allah untuk berusaha sedaya-upaya dan barulah bertawakkal kepadaNya.
Nasihat buat wanita :
1. Sentiasa ingat soal jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan dari Allah. Oleh yang demikian , sentiasa berserah dan redha dengan ketentuan tersebut dan melihat perkara jodoh sebagai sesuatu uang positif.
2. Usaha juga adalah sebagai satu langkah untuk mencari jodoh. Usah hanya menunggu jodoh datang di depan mata. Sebaliknya, cubalah mencari kesesuaian agar pintu jodoh lebih mudah terbuka.
3. Bersabar dengan ketetapan Ilahi dengan mengkaji segala kebaikan di sebaliknya.
4. Membanyakkan zikir dan menambahkan ibadat. Zikir dan ibadat dapat mengukuhkan iman.
5. Memahami ciri jodoh seperti yang digariskan agama. Tidak terlalu memilih dan meletakkan kriteria yang terlalu ideal untuk calon suami.
Syaidina Ali r.a berkata : "Jika engkau perlukan nikmat dunia, cukuplah Islam itu sebagai nikmat untukmu. Jika engkau ingin menjadi asyik,maka cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau mahukan pengajaran, maka cukuplah maut itu sebagai pengajaran."
Monday, February 27, 2012
Friday, February 24, 2012
Pelupa VS Sayur-sayuran.
Adakah anda berasa dengan penambahan usia menjadikan anda semakin pelupa? Namun penyelidik mendapati bahawa sifat pelupa bukan sahaja berkait rapat dengan proses penuaan, tetapi juga disebabkan oleh pemakanan.
Banyak kajian yang dijalankan selama 25 tahun melibatkan lebih 1,300 wanita menunjukkan, makanan mempunyai kesan negatif dan positif terhadap otak manusia. Sayur-syuran misalnya terbukti mampu mengurangkan masalah pelupa akibat daripada kesan penuaan. Ini kerana sayur-sayuran, terutama yang berdaun hijau dapat meningkatkan keupayaan otak.
Lantaran itu anda disarankan agar mengambil 1 1/2 cawan sayur ketika makan tengahari, 1 1/2 cawan untuk makan malam dan 2 cawan buah-buahan setiap hari.

Thursday, February 23, 2012
Harga Sebuah Ilmu.
Diriwayatkan, ketika dalam suatu perjalanan, rombongan Imam Al-Ghazali telah ditahan oleh sekumpulan perompak. Semua barangan dan harta dirampas termasuklah beg Imam Ghazali yang berisi pelbagai jenis kitab.
Dengan penuh rendah hati Imam Ghazali bermohon agar begnya yang berisi kitab-kitab tadi dikembalikan. Dengan hairan ketua perompak itu bertanya kepada Imam Ghazali apakah isi dalam kitab-kitab tersebut.
"Ilmu," jawab Imam tersohor itu.
Ketua perompak itu bertanya lagi,"Apakah hilang ilmu andainya kitab-kitab itu hilang?"
Beliau menjawab."Ya. Sebab itu aku amat menyayangi kitab-kitabku ini."
Ketua perompak itu berkata,"Apalah sangat harga ilmu yang berada dalam kitab?"
Kata-kata tersebut bukan sahaja mengejutkan Imam Ghazali, tetapi juga telah menyedarkannya tentang suatu perkara penting yang selama ini diabaikan. sejak itu Imam Ghazali menghafal seluruh ilmu di dalam kitab-kitab miliknya.
Pengajaran yang boleh kita ambil ialah ilmu bukan hanya untuk dicari apabila perlu sahaja. Sepatutnya ia diamalkan agar ia menjadi sebahagian daripada diri kita yang amat berharga.

Tidak Perlu Malu Akui Kekurangan Diri
Bismillahirrahmanirrahim.............
Memasuki bulam Mac ini bermakna hampir suku tahun kita berada dalam tahun 2012. Betapa masa bergerak begitu cepat hingga tidak terasa bagai baru semalam kita meraikan tahun baru-Masihi dan Hijrah. Namun, kita tidak pula dapat merangkulnya kembali kerana yang berlalu akan terus berlalu dan kita perlu melangkah ke hadapan.
Barangkali, kita senang terbawa-bawa oleh emosi dan dijentik nostalgia lalu. Manisnya kenangan masa silam tetap kekal dalam memori, jelas terbayang di mata. Sayang sekali, kita hanya mampu mengenangnya namun tidak pula dapat diulang kembali. Begitu juga, pasti ada kekesalan atau kesilapan yang ingin kita tebus dek kealpaan masa lalu. Sementara sisa umur masih terbaki, kita diberi kesempatan untuk memperbaiki atau menampung kekurangan yang melingkari diri.
Misalnya ada yang sanggup belajar semula kerana dahulu sewaktu masih muda tidak berkesempatan lantaran kekangan waktu dan kesibukan. Bukan sahaja kembali mendalami ilmu dunia tetapi juga ilmu sebagai bekalan untuk dibawa apabila menuju ke dunia yang kekal abadi nanti.
Peluang dan ruang untuk belajar sentiasa terbuka dalam zaman teknologi maklumat hari ini. Mencari pengetahuan tidak sesukar dahulu kerana akses terhadap ilmu begitu mudah, cepat, dan dapat dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Mencari guru yang bertauliah juga bukan masalah besar. Pokok pangkalnya kemahuan diri sendiri.
Semoga kita menjadi insan yang sentiasa dahaga akan ilmu dan berlumba-lumba untuk meningkatkan pengetahuan serta maklumat. Faktor usaia dan kemampuan fizikal bukan alasan. Tidak perlu berasa malu walaupun terpaksa duduk sekelas belajar dengan golongan yang lebih muda.
Mudah-mudahan sedikit ilmu yang dapat dimanfaatkan akan menjadi aset berharga yang akan kita tinggalkan setelah kita tiada nanti.
Salam manis......

Sunday, August 21, 2011
Belajar Jadi Pasangan Yang terbaik..
Tiada manusia yang dilahirkan sempurna di dunia ini. Pasti ada salah dan silap di mana-mana. Dan ini tentunya memberi kesan dalam sesebuah perhubungan. Pun begitu tidak salah jika kita belajar memperbaiki diri dab belajar menjadi yang terbaik buat pasangan. Semoga usaha menjadi yang terbaik ini sekali gus dapat memperbaiki perhubungan mahupun rumahtangga anda.
Belajarlah jadi pasangan yang terbaik untuk pasangan anda:
1. Realistik terhadap pasangan : Janganlah mencuba untuk mengubah pasangan menjadi seseorang yang anda inginkan. Hadapi kenyataan dan terimalah dirinya seadanya. Jangan berharap pasangan menjadi wanita terbaik, tercantik mahupun suami yang paling romantis. Cintai pasangan kerana dirinya. Ada sesuatu yang dimiliki oleh pasangan anda yang tidak dimiliki oleh siapa pun di dunia ini..
2. Terbuka tentang perasaan : Ketika berhadapan dengan masalah, suami biasanya lebih gemar untuk berdiam diri dan menyelesaikannya sendirian. Namun berbeza dengan wanita yang lebih terbuka tentang hati dan perasaan mereka. Oleh itu bagi isteri cubalah mempelajari sikap suami dan tidak membuat jangkaan sendiri mengenai perasaan pasangan mereka. Bagi suami pula belajarlah untuk mengekspresikan perasaan dengan tepat supaya pasangan lebih mudah memahami ketika anda marah, terluka, tersinggung atapun bahagia. Pertanda awal sebuah perpisahan adalah bila pasangan itu berhenti berkomunikasi dari hati ke hati.
3. Gemar melakukan sesuatu yang menarik bersama : Carilah sesuatu yang boleh anda lakukan bersama-sama. Sebagai contoh melakukan olahraga kegemaran bersama pasangan ataupun melakukan hobi yang anda berdua sama-sama senang. Nikmati waktu ketika bersama pasangan. Anda boleh juga sekadar menonton VCD di rumah atau mungkin jalan berpegangan tangan di kompleks membeli belah seperti masih waktu bercinta. Berhati-hatilah jika anda lebih suka menghabiskan lebih banyak wqktu dengan teman daripada pasangan sendiri. Itu tanda yang kurang baik dalam perhubungan.
4. Tidak terlalu perfeksionis : Belajarlah untuk menerima apa yang dilakukan oleh pasangan anda walaupun ia tidak seperti yang anda inginkan. Contohnya bila suami membantu melakukan kerja rumah, walaupun caranya menyidai kain, menyapu lantai datau memasak tidak sempurna tapi tetaplah berterima kasih. dalam perhubungan ada beberapa perkara yang mana kita harus mampu memberi dan menerima.
5. Tunjukkan cinta : Bagi suami, cubalah membawa pulang kuih kesukaan isteri anda. Boleh juga coklat atau apa pun yang dia sukai. Bagi isteri pula manjakan pasangan suami anda denagn memasakkan makanan kegemarannya atau membelikan sesuatu yang dinginkan tetapi belum sempat dibeli. Jadikan perkara sebegini bahasa cinta anda. Ada lima bahasa cinta yang mana salah satunya boleh jadi selalu dilakukan oleh anda atau pasangan iaitu sentuhan fizikal, kata-kata semangat, waktu berkualiti, layanan dan hadiah. Tunjukkan rasa prihatin terhadap orang yang anda cintai dan sayang akan memberi kesan yang sangat membahagiakan.
6. Saling menghormati : Jangan mempersendakan tentang rambut atau kulit pasangan di depan orang lain atau anak-anak. Meskipun maksudnya hanya untuk bergurau tetapi fikiran di bawah sedarnya mungkin menangkap maksud yang berbeza. Boleh jadi perkara ini akan menggugat keyakinan dirinya. Mencintai adalah menghargai perasaan satu sama lain dan peka terhadap perasaan pasangan kita.
7. Kuburkan masa lalu : Meskipun masa silam pasangan atau dir anda sendiri cukup sukar namun cubalah sedaya upaya tidak mengungkitnya apatah lagi jika ia sesuatu yang negatif. Tiada seorang pun yang mahu diingatkan tentang sesuatu yang membuatkan diri merasa malu. Apa yang telah terjadi biarkan saja ia berlalu.
8. Hilangkan rasa cemburu : Setiap perhubungan pasti tak dapat lari dari perasaan cemburu, namun jangan sesekali membiarkan perasaan cemburu itu melarat dan memudaratkan perhubungan. Rasa cemburu seperti ini ibarat racun yang secara perlahan menyebar ke seluruh sendi-sendi perhubungan anda. Percayalah kepada pasangan anda. Mencintai adalah tentang memiliki rasa percaya dan yakin pada pasangan.
9. Jaga komitmen : Jangan membuat janji yang dirasakan tidak mampu untuk dipenuhi. Sekiranya tidak dapat dicapai maka ini akan mengurangkan rasa hormat oleh pasangan. Selain itu, jagalah kepercayaan dan saling menghormati antara satu sama lain adalah petua perhubungan yang sihat. Jika pasangan mula merasakan bahawa ia tidak penting maka bersiap sedialah untuk kehilangan hatinya.
10. Jujur : Jujur bukan saja dari aspek tingkah laku tapi yang lebih penting kejujuran untuk mengungkapkan perasaaan terdalam kita. Jika anda berasa marah katakan bahawa anda sedang marah. Jika anda berasa terluka, berterus-teranglah. Luahkan dengan rasa tenang tanpa perlu menengking atau menjerit-jerit hingga melukakan hati pasangan. Jika anda tidak mampu jujur pada pasangan pada siapa lagi anda harus jujur?...

Monday, May 23, 2011
Wanita : Raihlah Ilmu.
Wanita.....
Perhiasan indah dunia dengan harta solehah
Iman perisai kebal yang tidak mudah digegar
Kemanisan dan kelembutan bukan kelemahan yang melata
Wanita.....
Jadikan akal mu bukan hanya untuk berhias
Menakluk Sang Adam
Jadikan kelebihan ini agar dunia boleh kau takluki
Dengan ian dan semangat yang kau tanamkan
dalam jiwa anak-anak mu
Agar menjadi pahlawan peneraju dunia
Bukan dengan pedang atau ledakan peluru
Namun dengan ilmu yang tajam
Harta yang mantap dan iman yang teguh tanpa
berbelah bahagi kepada Pencipta
Wanita.......
Jangan serahkan cinta sayang mu membabi buta
Ketahuilah yang tiada bezanya kita dan kaum
Adam gagah perkasa
Nyata mereka pemimpin yang diutus Maha Esa
Namun kita masih sama di sisi Khaliq Maha Pencipta
Raihlah ilmu agar kita wanita tidak cuma
menyerah berserah pada takdir tanpa melawan.
Saturday, May 14, 2011
Orang yang menyintaimu.
1. Orang yang menyintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli!. baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik, walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti "Selamat Pagi", "Selamat Hari Minggu", "Selamat Tidur".
'Take Care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMSnya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya, kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
10. Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung dan saat harinya tiba dia mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sabgat istimewa.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari0harinya hanya dengan kamu.
15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu, dan jauh di hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh di mata, jauh di hati?.
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirin SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18. Orang yang mencintai kamu kamu kadang-kadang merindukan dan melakukan hal-hal yang menbuat kamu pening kepala. namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan itu.
20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab ada alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Subscribe to:
Posts (Atom)