Wednesday, June 10, 2009

Bengkel Pengacara Majlis [ 8 hingga 10 Jun 2009 ].

Gambar sekitar Bengkel Pengacara Majlis di PPD Dalat.

[ Sesi bergambar di akhir Bengkel ....]

[ Penyampaian cenderahati kepada Tetamu Kehormat dan PPD Dalat ]
[ Orang penting bengkel [kiri]. Peserta bengkel [kanan]
[ Serius nar juak muka ya....senyum cikit...]
[ Upacara berbalas ucapan...En. Mohd Dino {kiri}, En. Sariddin {Kanan} ]
[ Di antara tetamu yang hadir pada Majlis Penutupan bengkel ]
[ Ceria jak muka....part yang paling digemari...mestilah makankan...kan.. ]
[ Aktiviti perbentangan Teks Pengacara Majlis,..macam AFlah pulak, tengok pengkritik kat depan 2 ]
[ Eh..eh...tengok apa tu, seronok je nampak... adalah tu...]
[ Seronoknya ada 'body guard' kat sebelahkan...ada gak teman..]
[ Ai..serius nar juak En.Sariddin...tapi di sebelah tu nampak happy ]
[ Berpossing sakan geng..., sebelah 'Merpati dua sejoli'..jangan kacau...]
[ Macam ragam semasa perbincangan Teks Pengacara Majlis, 4 jejaka di sebelah kanan adalah penyeri bengkel...riuh oleh daknya....]

Siapakah pengacara Majlis? Pengacara Majlis atau ‘ Master of Ceremony’ (lebih dikenali dengan ‘emcee ) merupakan orang penting dalam sesebuah majlis. Pengacara Majlis ialah orang yang memimpin sesuatu acara atau majlis.

Pengacara Majlis, nama yang begitu sinonim dalam apa-apa jua majlis. Tanpa pengacara majlis pasti sesebuah majlis menjadi hambar dan tidak dapat dijalankan dengan lancer. Hal ini kerana tanpa pengacara majlis pasti semua pengumuman berkaitan dengan majlis tidak dapat dibuat. Selain itu, pengacara majlis bertindak sebagai penghidup dan pembentuk suasana sesebuah majlis.

Sebenarnya, hidup atau matinya suasana dalam satu-satu majlis banyak bergantung kepada kebolehan pengacara mengendalikan majlis dan kebijaksanaannya berkordinasi dengan pelbagai pihak. Pengacara yang ceria, riang dan bersemangat akan membawa suasana gembira dan bersemangat dalam kalangan tamu jemputan dan hadirin. Begitu juga sebaliknya. Jadi, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pengacara majlis merupakan ‘nadi’ sesebuah majlis. Walau bagaimanapun, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis.

...Moga lepas tok bolehlah jadi 'Emcee' macam dak Mahathir Lokman @ Aznil.. yang penting banyak belajar daripada Pengacara yang dah terkenal.

INFO : Soya, sihat untuk diet...

Mengapa soya paling disarankan sebagai makanan kesihatan dan paling baik untuk diet anda?

# soya mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein.

# makanan seimbang yang baik berbanding daging, susu atau telur.

# sebagai makanan diet, soya mengandungi 50% protein bagi setiap 100g kacang, soya dua kali lebih daripada kacang tanah, sebelas kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur.

# kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, manganese, magnesium, besi dan fosforus.

# kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lesitin.

# mampu menggantikan susu bagi bayi mempunyai alahan terhadap susu lembu.

# mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.

........untuk mendapatkan kulit bayi yang halus dan mulus serta putih, semasa mengandung, amalkan meminum air soya yang dibuat sendiri.

Tuesday, June 9, 2009

Rangsang dan ubah diri...............

Pernahkah anda merasa 'rendah diri' dan rasa tak setanding, apabila melihat orang lain lebih bijak, lebih cantik, lebih kaya, lebih pintar dan cerdik, lebih bahagia dan serba-serbi lebih sempurna dari kita?. Jika kita ingin berjaya dalam hidup, hilangkan sikap rendah diri kerana ia merupakan sikap negatif. Justeru itu, kita perlu positif, kita perlu jadikan kekurangan dan kelemahan kita sebagai kekuatan diri. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus memajukan diri!. Semaju dan sehebat yang mungkin.

Hidup ini umpama roda. Ada ketikanya kita berada di atas, ada ketikanya kita berada di bawah. Hari ini mungkin kita kaya, namun tanpa kita duga mungkin esok kita akan jatuh miskin. Hari ini kita tidak berjaya, tetapi mungkin esok kejayaan akan menjadi milik kita. Pentingnya, kita kena berusaha. Hidup ini penuh dengan kemungkinan yang kita tidak jangkakan.

Seandainya kita kurang cantik, kurang bijak, kurang pintar, kurang kaya, kurang bahagia, jangan sesekali merendah diri atau merasa hina. Tetapi jadikan kekurangan kita sebagai pembakar motivasi untuk jadi lebih rapi dan lebih bersemangat. Tanya diri apakah kekurangan dan kelemahan kita. Dalam masa yang sama terokai apa kekuatan kita.

Kita tidak perlu merasa rendah diri bila kita rasa tidak setanding dengan orang lain. Ubah minda dan fikiran. Letakkan sasaran dan matlamat untuk diri kita. Jangan fokus untuk bersaing, tetapi fokuskan untuk mencapai matlamat yang kita tetapkan tadi.

*** Dalam diri setiap insan ada 'gergasi' yang berupaya melakukan apa sahaja tetapi masih belum digunakan dengan sepenuhnya kerana ramai yang tidak sedar akan kewujudan kekuatan diri yang sangat istimewa.

Monday, June 8, 2009

Selamat Pengantin Baru

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
{ Senyuman bahagia 'Raja Sehari'....}
{ Gambar kenang-kenangan bersama keluarga Pengantin Perempuan (Kiri) dan keluarga Pengantin Lelaki(Kanan), tanda restu kedua belah pihak }
{ Tunggu sapa le 2?. Teruna trang tang-tang lagi, masih ada 'vacancy' }
( Manja nye, sayang abang ni.......................he...he.......}
{ Segak dan tampan serta cantik bergaya kedua Pengantin }
{ Bergambar di sisi ayah dan bonda serta keluarga }
{ YB Encik Abu Seman Jahwi memulakan acara 'Menepung Tawar''.Terima kasih YB atas kesudian hadir ke majlis Perkahwinan Anakanda Herawati Dan Abdul Fahdillah }
{ Senyuman Kegembiraan, tercapai sudah hasrat dihati....}
{ Sama cantik sama padan 'Bagaikan pinang di belah dua' }

Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasullah s.a.w yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia. Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh tanggungjawab. Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.

....Doa udak moga Herawati dan Abdul Fahdillah, bahagia hingga ke akhir hayat. Terimalah pasangan dengan seadanya. Perlu ada sikap 'toleransi' dan sefahaman. Perkahwinan bagaikan 'pelayaran' menuju kebahagiaan. Kebahagiaan dan kasih sayang perlu dipupuk dan disemai. Jadilah pasangan anda teman dan kekasih.

" Selamat Pengantin Baru moga kekal dan bahagia sehingga ke hujung nyawa".

Tuesday, June 2, 2009

Selamat Hari lahir Nur Adila Hanis

...Selamat Ulang tahun ke 5 tahun sayang.... mak sayang Adila ..

Hari ini genap 5 tahun puteriku satu-satunya. 6 tahunku menunggu kehadiranmu. Keletahmu menenangkanku, tingkahmu menyembuhkan tensionku. Syukur Tuhan atas kurniaanMu. Moga puteriku bahagia dan berjaya dalam semua yang diceburi di masa hadapan. Jadilah anak yang solehah. Amin....

Semalam merupakan Ulang Tahun Perkahwinanku yang ke 13. Semoga ikatan perkahwinan ini akan bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Terima kasih suamiku atas kasih sayang yang diberikan dan memahami situasiku selama ini. Moga Tuhan membalas segala kebaikan abang selama ini. Terima kasih sayang....