Hidup ini umpama roda. Ada ketikanya kita berada di atas, ada ketikanya kita berada di bawah. Hari ini mungkin kita kaya, namun tanpa kita duga mungkin esok kita akan jatuh miskin. Hari ini kita tidak berjaya, tetapi mungkin esok kejayaan akan menjadi milik kita. Pentingnya, kita kena berusaha. Hidup ini penuh dengan kemungkinan yang kita tidak jangkakan.
Seandainya kita kurang cantik, kurang bijak, kurang pintar, kurang kaya, kurang bahagia, jangan sesekali merendah diri atau merasa hina. Tetapi jadikan kekurangan kita sebagai pembakar motivasi untuk jadi lebih rapi dan lebih bersemangat. Tanya diri apakah kekurangan dan kelemahan kita. Dalam masa yang sama terokai apa kekuatan kita.
Kita tidak perlu merasa rendah diri bila kita rasa tidak setanding dengan orang lain. Ubah minda dan fikiran. Letakkan sasaran dan matlamat untuk diri kita. Jangan fokus untuk bersaing, tetapi fokuskan untuk mencapai matlamat yang kita tetapkan tadi.
*** Dalam diri setiap insan ada 'gergasi' yang berupaya melakukan apa sahaja tetapi masih belum digunakan dengan sepenuhnya kerana ramai yang tidak sedar akan kewujudan kekuatan diri yang sangat istimewa.
No comments:
Post a Comment