Syaidina Ali r.a berkata : "Jika engkau perlukan nikmat dunia, cukuplah Islam itu sebagai nikmat untukmu. Jika engkau ingin menjadi asyik,maka cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau mahukan pengajaran, maka cukuplah maut itu sebagai pengajaran."
Friday, June 26, 2009
Wasiat : Hal-hal Wanita.
Kaum wanita khususnya diciptakan oleh Allah s.w.t sebagai pasangan hidup kepada kaum lelaki, untuk melahirkan zuriat bagi melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi. Kaum wanita yang bersifat lemah perlu sekali mendapat bimbingan dan nasihat daripada kaum lelaki. Justeru itu, menjadi kewajipan bagi kaum lelaki untuk menghormati dan memberi hak-hak mereka dengan adil.
Firman Allah Taala dalam surah An-Nisa' : ayat 19 yang maksudnya :
“….Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Manakala firman Allah dalam surah An-Nisa’: ayat 129 yang maksudnya : “…..Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Oleh itu, jangan kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri-isteri yang kamu sayangi). Sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (diawang-awangan). Jika kamu memperbaiki (keadaan pincang itu) dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah itu amat pengampun lagi Maha Mengasihi.
Maksud hadis : “ Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Rasullah s.a.w bersabda : “Hendaklah kamu menasihati tentang perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkuk-bengkuk tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkannya dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkuk maka nasihatilah mereka dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut. ( Al-Bukhari dan Muslim).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment