Thursday, August 6, 2009

Adab Makan...panduan bersama.

۞ Adab sebelum makan

Usahakan mendapat makanan yang halal dan baik serta tidak mengandungi unsur-unsur yang haram. Berdasarkan ayat “ Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu….” ( Al-Baqarah:172)

Niatkan tujuan dalam makan dan minum untuk menguatkan badan, agar dapat melakukan ibadah dan hal-hal lain yang berguna.

Mencuci kedua tangan sebelum makan, jika dalam keadaan kotor atau ketika belum yakin dengan kebersihannya.

Menghidangkan makanan pada sutrah (alas untuk meletakkan makanan) di atas lantai, tidak diletakkan di atas meja makan,kerana hal itu lebih mendekatkan pada sikap tawaduk.Hal ini sebagaimana hadis dari Anas Radiyallahu anhu, “Rasulullah s.a.w tidak pernah makan di atas meja makan dan tidak pula di atas sukurujab” (HR Al-Bukhari n0 5415)

Hendaknya redha dengan apa saja makanan yang telah dihidangkan serta tidak mencela makanan. Hendaknya makan bersama-sama dengan orang lain, baik tamu, keluarga, kerabat, anak-anak atau pembantu.

۞ Adab ketika Makan :

Mulakan dengan membaca Bismillah.

Hendaknya mengakhiri makan dengan pujian kepada Allah Ta’ala.

Makan menggunakan tiga jari tangan kanan, sedikitkan suapan, perbanyakkan kunyahan, makan dengan apa yang terdekat darinya dan tidak memulai dari bahagian tengah piring berdasarkan sabda Rasulullah “ Wahai anak muda, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari apa-apa yang dekat dengan mu “ (HR Bukhari No 5376)

Hendaknya menjilat jari-jemari sebelum mencuci tangannya.

Tidak meniup makanan yang masih panas dan tidak memakannya hingga menjadi lebih dingin. Rasulullah juga bersabda dari Abu Said al-Khudri Radiyallahu Anhu, “ Rasulullah melarang untuk menutup (dalam gelas) ketika minum “ (HR At-Tirmidzi No.1887)

Hendaknya menghindari diri dari kenyang yang melampaui batas.

۞ Adab Sesudah Makan :

Menghentikan makan dan minum sebelum kenyang yang menyebabkan sakit perut yang akut dan kerakusan dalam hal makan yang dapat menghilangkan kecerdasan.

Hendaknya menjilat tangannya sebelum mengusapkan atau mencucinya.

Memungut makanan yang jatuh ketika saat makan sebagai cermin rasa syukur kita.

Membersihkan sisa-sisa makanan yang ada di sela-sela giginya dan berkumur untuk membersihkan mulutnya.

Hendaknya memuji Allah Ta’ala setelah makan dan minum.

Monday, August 3, 2009

Cemburu...

Cemburu.gif Cemburu image by miethop

Cemburu tanda sayang, tapi kadangkala menyakitkan, sama ada yang cemburu atau yang berasa cemburu pastinya tidak akan senang, hidup terkongkong, tiada kebebasan malah rumah tangga boleh berantakan gara-gara hadirnya perasaaan ini. Lebih parah lagi akibat dirasuk rasa cemburu ada yang bertindak melampaui batas seperti mencederakan atau membunuh kerana tertekan.

Sekiranya perasaan ini terdetik di hati anda terhadap pasangan anda, maka sebaliknya anda awasi. Kalau boleh halau pergi perasaan ini dari terus bertapak di hati.

Tip-tip yang boleh dipraktikkan agar terhindar daripada perasaan cemburu :

Jalin komunikasi :

Menjalin komunikasi yang baik sememangnya sangat penting dalam perhubungan, termasuklah dengan ahli keluarga, teman apatah lagi pasangan sendiri. Melalui komunikasi, perkara-perkara yang tidak diingini, sperti salah faham, kekeliruan dan masalah-masalah kecil lain boleh dihindari.

Dalam pada itu pasangan akan merasai dihargai. Disokong dengan alat komunikasi yang semakin canggih, seperti telefon bimbit, online chatting, facebook dan sebagainya semakin mudah. Meskipun anda dan pasangan terpisah di lautan yang terbentang luas sekalipun tidak ada alas an lagi untuk tidak mengkhabarkan keadaan anda pada pasangan.

Saling terbuka dan berkongsi :

Apabila pasangan kurang member i perhatian pada diri, ramai yang bertindak merajuk ataupun menarik muka bila berdepan dengan pasangan malah ada yang menyerang dengan tuduhan yang tidak berasas. Ini adalah tindakan yang perlu dielakkan. Jangan pendamkan perasaan tidak puas hati anda kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Lalu apa gunanya memiliki pasangan, jika hati tidak mampu berkongsi apa yang dirasai bersamanya.

Cemburu sedikit memang wajar tapi jangan melampaui batas. Jika anda diserang demam cemburu, seeloknya segera bicarakan dengan pasangan dan cari penyelesaiannya. Bersikap terbuka lebih baik berbanding menyimpan dalam hati yang kemudian akan menjadi duri dalam daging, dan tidak bertemu penyelesaian yang baik untuk kedua belah pihak.

Jangan tuduh sembarangan :

Dituduh melakukan kesalahan perkara yang tidak dibuat memang menyakitkan. Apatah lagi jika dituduh berlaku curang dan tidak setia dalam perhubungan. Pasti hati berasa geram dengan tuduhan ini.

Belajarlah untuk menyelidik atau menyiasat dulu sebelum membuat apa-apa tuduhan. Siapa tahu, masalah yang sebenarnya datang dari salah satu dari anda berdua. Daripada menduga atau mengagak sebaiknya cari punca masalah yang sebenarnya. Jadi tidak ada pihak yang dirugikan, akibat tuduhan salah sasaran.

Jangan menguji cinta pasangan :

Cemburu tanda sayang tapi janganlah menguji cinta dan sayang pasangan dengan cara ini. Bimbang akibatnya akan menyakitkan anda sendiri. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengetahui kadar cinta dengan sikap cemburu anda.

Perasaan seseorang memang tidak pernah mampu dijangka bahkan si pemilik perasaan itu sendiri, kadang-kadang tidak tahu dengan perasaannya sndiri. Untuk mengetahui seberapa sayang pasangan, lihatlah dari aspek perhatiannya.Sikapnya, tuturkatanya dan perkara lain yang memang benar-benar membuat anda merasa dihargai dan juga selesa saat dekat dengann ya.

Positif hadapi kritikan..

.... Renungan bersama, terutama untuk teman akrab saya, nun jauh di Sabah. Saya yakin beliau akan membaca blog saya ini. Saya amat simpati dengan 'dugaan dan cabaran' yang beliau hadapi dalam kerjaya. Sebagai teman saya hanya mampu mendoakan moga beliau tabah menghadapi segala dugaan dan ujian daripada Allah. Maknanya Allah menyayangi anda.

Bergelar seorang manusia, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada dikritik, dicaci dan dihina.Sedangkan Allah Yang Maha Pencipta, Maha Hebat, Maha Pengasih pun dicerca orang yang tidak berakal inikan pula kita manusia.
Kala meniti kehidupan,kita selalu memberi,memperbaiki,mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas daripada kritikan yang sinis,pedas dan menyakitkan. Dan tidak mustahil diri kita dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri. Ingatlah, orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh. Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci di atas kebaikan,ilmu, harta dan kejayaan kita. Kita mungkin mendahului mereka dalam apa jua perkara.
Jadi, berwaspadalah terhadap apa yang mereka katakan. Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan dan cemuhan. Jika hati kita terasa terusik, ini bererti kita membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita. Cara terbaik yang kita boleh lakukan ialah dengan terus menunjukkan akhlak yang baik, usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita . Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita. Berdiam diri itu lebih baik untuk memadamkan api yang sedang marak.
“ Katakanlah (Wahai Muhammad) : Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu”. ( Ali Imran : 119)

“ Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan kesenangan kepada mereka dan limpah kurnia-Nya “ (At-Taubah : 74).