Thursday, July 23, 2009

Tekanan @ Stres.

Seorang kawan minta kamek menulis tentang stres untuk 'kertas kursus' PTK DG48 katanya. So hari tok kamek siarkan sedikit maklumat. Geng,..maklumat lain buka 'email' k. Semoga lulus PTK pada Ogos tok.. Kamek akan tumpang gembira dan sentiasa menyokong kitak. Sayang kitak...Da..
Tekanan merupakan ‘penyakit moden’ yang tidak boleh dirawat dengan ubat. Ia berkait rapat dengan emosi, mental dan gaya hidup seseorang. Kadangkala, jika tidak kena cara, ia boleh ‘meletup’ secara tiba-tiba seperti bom jangka.

Setelah seharian bekerja menghadap computer, menjelang jam 5 petang terpaksa bergegas pulang ke rumah dalam kesesakan lalu lintas. Keadaan yang sama turut dialami ketika ke tempat kerja. Rutin sama berulang setiap hari, sehingga menginjak angka tahun. Ditambah bebanan kerja, masalah rumahtangga, rakan dan kewangan sehingga anda berasa seperti ingin menjerit sekuat hati atau menangis semahu-mahunya tanpa sebab.

Banyak punca yang menyumbang kepada stress. Sebagai individu yang hidup dalam suasana yang boleh menyebabkan stress adalah disaran supaya tidak memikirkan sesuatu perkara dengan serius, banyakkan senyuman dan sesekali muzik boleh bertindak sebagai terapi.

Ada di kalangan mereka yang menghadapi stress merasakan seperti di penghujung dunia. Mereka putus asa mungkin akibat terbabit dalam sesuatu masalah atau insiden. Mereka tahu menghadapi stress tetapi cuba menafikannya kerana tidak memahami apakah stress. Malah ramai antara kita mengaitkan stress dengan penyakit jiwa sehingga enggan mendapat rawatan. Peringkat permulaan stress dapat dikesan dengan mudah iaitu apabila mengalami kesakitan pada bahagian tengkuk dan bahu. Malah turut mengalami perubahan emosi yang mendadak misalnya bertukar watak daripada seorang yang sabar menjadi pemarah, seorang yang ceria tiba-tiba kelihatan murung dan muram.

Justeru itu, semua pihak khususnya wanita dan remaja supaya belajar mengawal diri, menghargai pihak lain dan diri sendiri. Apabila perasaan itu wujud secara automatik motivasi yang ada itu dapat membuatkan hidup lebih bermakna sekali gus menguasai stress.

Wednesday, July 22, 2009

Tension Campur stres

STRES........STRES.......STRES....!
Hari tok kamek rasa tension gilak dan stres gila. Mcm2 masalah yang dihadapi. Apa nak dipolah serba sik kenak ajak. Pasti ada yang jadi mangsa lekak tok . Yang jadi mangsanya hari tok student dlm kelas. Di rumah kelak pastinya anak-anak dan laki yang akan jadi mangsa kemarahan. Berikutnya kekwn @ teman yang akan jadi mangsa. Benggang gilak rasanya. Rasa nak terjun dari gunung.....pun ada, nak mengamokpun ada dan rasa nak bunoh dirikpun ada. Bencik benar kamek dgn dirik kamek. Makin tertekan, sbb ada yang sik cuba memahami perasaan kita apatah lagi masalah yang kita hadapi. Minta tolong langsung sik dilayan. Apalah nasib badan. Kenak Tuhan uji kamek mcm tok sekali. Kamek dah sik mampu utk menghadapinya. Mohon pertolongan hanya utk kebaikan bersama, agar sik menambahkan 'ketensionan' kita. Cepat selesai cepat tension kita dpt diselesaikan.
Nasihat yang kita akan dengar dari kekwn hanya sabar...sbb daknya sik merasa apa yang kamek rasa. Kenak Tuhan beri kamek perasaan dan sikap mcm tok. Senang dipermainkan dan diambik kesempatan atas kebaikan, ketulusan dan keikhlasan kamek. Kenak Tuhan? Mungkin kelemahan kamek terlalu mempercayai orang tanpa menyedari orang hanya ingin mengambil kesempatan. Bait gilak, susah juak apatah lagi sebaliknya.
Mohon difahami kpd yang berkenaan... Kamek hanya manusia biasa yang banyak kelemahan nya. Ya Tuhan tolong kamek, kamek dah sik tahan dan mampu menghadapinya...

Tuesday, July 21, 2009

Ayat Selepas Kahwin...

Saya tertarik dengan entri di bawah :

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh

6 bulan: Masih lama lagi ke nih?

6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye

Sayang..

6 bulan: Trafik jam aah

6 tahun: K..

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.

6 bulan: Of course I love U.

6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...

6 bulan : I'm BACK!!

6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni

6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah

6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yang U nak..

Telefon:

6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih

6 bulan: Eh... Your call..

.

6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!! !

6 bulan: Kita makan apa malam ini??

6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh

6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.

6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu

6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?

6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yang U nak honey?

6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...

6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?

6 bulan : Sekejap eh, cerita bagus ah.

6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..

Friday, July 17, 2009

Eksklusifnya Hubungan Suami Isteri.

Daripada Abi Said al-Khudri, beliau berkata , Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya manusia yang paling jahat kedudukkanya di sisi Allah pada hari kiamat nanti ialah lelaki yan bergaul (menyetubuhi) wanita dan wanita yang bergaul dengannya, kemudian dia membongkarkannya”. (Riwayat Muslim).

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menerangkan mengenai perihal membuka rahsia rumahtangga. Ini adalah sikap buruk yang akan menjatuhkan martabat seseorang di sisi Allah di akhirat nanti. Menceritakan hal suami isteri bemaksud membuka malu sendiri pada orang lain.

Pergaulan antara suami isteri adalah merupakan rahsia yang tidak sepatutnya dianggap kecil dan murah. Orang yang tidak ada kehormatan saja yang sanggup membuka rahsia sulit tersebut. Rahsia isteri bererti rahsianya sendiri, demikian juga sebaliknya. Simpan rahsia itu sebaik mungkin dan jangan sesekali menceritakannya pada orang lain, apatah lagi menjadikan ia bahan jenaka.

¶…Demikianlah ‘Eksklusifnya’ hubungan suami isteri yang telah Allah tetapkan pada umat manusia.

Thursday, July 16, 2009

Pintar......tak cukup.

Ada kalangan pelajar yang mempunyai hobi bergaduh dengan rakan sekelas atau sama sekolah. Fenomena ini menjadi biasa di kalangan masyarakat hari ini. Tetapi, jika ada mahasiswa yang mempunyai hobi yang sama, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Mungkin masih belum puas masa remaja mereka? Daripada beberapa kes yang berlaku di kampus, tampaknya ramai mahasiswa yang secara psikologi sebenarnya belum matang untuk menjadi mahasiswa. Usia boleh dewasa, sekitar 19 tahun ke atas, tapi kelakuan masih seperti kanak-kanak. Buktinya, perkelahian hanya berpunca dari perkara remeh sahaja. Oleh itu,betapa pentingnya program orientasi sebaik sahaja pelajar baru menjejaki IPT.

Program ini mungkin sahaja membawa banyak risik. Namun manfaatnya cukup besar yakni untuk mengalihkan pola fikir keanak-anakan kepada minda orang dewasa sebagai seorang mahasiswa. Untuk mengubah mental kanak-kanak ke dewasa bukan perkara yang mudah. Di dalam pergaulan sehari-hari, mereka dihadapkan pada kompetisi ketat, mulai dari perebutan satu bangku di perguruan tinggi, sampai peraihan indeks prestasi. Ia belum membabitkan persoalan tentang hidup.

Dalam era yang penuh perubahan dan persaingan ini, yang penting bukan IQ saja, tapi juga kawalan emosi. Yakni kemampuan mengendalikan diri, memotivasi diri dan membaca perasaan orang lain. IQ memang dapat mengukur kemampuan seseorang. Namun IQ harus dibezakan dengan kesuksesan.Dengan IQ tinggi seseorang dapat memecahkan soal-soal matematik yang rumit namun ia mungkin sulit bergaul. Ia belum tentu dapat memecahkan persoalan hidup. Mahasiswa harus diberi kemampuan social dan emosional agar mereka dapat menuntun dan membimbing dirinya mencapai kehidupan lebih baik. Mereka juga harus mempunyai kemampuan mengambil keputusan, tidak cepat marah dan kecewa, binggung dan sedih, tidak agresif dan impulsive. Mereka harus berani menghadapi kenyataan dan dapat mengatasi kebosanan. Mereka perlu dibekalkan dengan kemampuan ‘emotional intelligence’, iaitu kemampuan menjaga emosi, yang di dalamnya berkait rapat dengan unsur semangat, motivasi, serta pengendalian diri. Mereka akan mampu melepaskan diri dari berbagai stress untuk bangkit kembali dan berkembang sesuai dengan potensi yang ada.

Kesabaran dan ketekunan, serta kewaspadaan yang terlatih baik sebagai salah satu refleksi emotional intelligence ini, juga akan menumbuhkan kearifan serta motivasi untuk mencapai keberhasilan. Jadi, emotional intelligence ini lebih penting dari IQ. Walau bagaimanapun, usaha yang perlu dilakukan adalah bagaimana membantu mereka yang emotional intelligence rendah agar dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat.

Mutiara Kata : “Guru yang mengajar tanpa cuba menimbulkan dan menghidupkan keinginan serta semangat belajar di kalangan pelajarnya sama seperti orang yang menempa besi yang dingin:” ( Mann Horace )