Tuesday, October 6, 2009

Doaku

Scrap Book For More Islamic Graphic Glitter !! Raza4u.com !!
Nak copy....copylah...





Monday, October 5, 2009

PMR....

Tinggal 1 hari lagi menjelang peperiksaan PMR. 7 Oktober 2009 bermulanya 'peperangan' bagi pelajar tingkatan 3 tahun 2009. Adakah mereka telah bersedia sepenuhnya?. Jantung saya semakin kuat berdegup berbanding pelajar agaknya. Saya nampak pelajar 'selamba' je. Apa agaknya dalam kotak fikiran mereka? Seolah-olah bagi mereka peperiksaan tidak penting.

Pihak sekolah sudah merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk memotivasikan pelajar. Program untuk meningkatkan potensi diri pelajar. Setiap pelajar ada potensi untuk mencapai yang terbaik dan cemerlang. Di SMKD, tahun ini kita menambahkan 'ujian Progresif ', satu ujian  yang dilaksanakan pada setiap hari jumaat khusus untuk pelajar tingkatan 3. Ujian yang berfokuskan tajuk-tajuk Tingkatan 1 dan 2. Ujian ini diadakan berdasarkan analisis soalan  peperiksaan tahun-tahun lepas, pelajar sepatutnya mendapat keputusan yang lebih baik jika mereka menguasai tajuk-tajuk yang ada di tingkatan 1 dan 2. Oleh itu, pada tahun ini SMKD telah mengajak pelajar 'ulangkaji' lebih awal tajuk-tajuk Tingkatan 1 dan 2.

Kepada pelajar SMKD khususnya, di sini saya catatkan semula "Tip menghadapi peperiksaan" sebagai panduan semua;

Hari terakhir sebelum peperiksaan:



#   Yakin dan terus berusaha
#   Tidur dan riadah yang mencukupi
#   Elak rakan negatif
#   Elakkan pembaziran waktu
#   Kurangkan TV
#   Sembahyang hajat
#   Mohon restu guru
#   Berdoa

Pagi Sebelum Peperiksaan
#   Bangun awal  
#   Pakaian kemas
#   Sarapan
#   Semak peralatan
#   Mohon restu Ibu bapa
#   Masuk dengan tenang
#   Tenangkan fikiran
#   Elakkan perbincangan
#   Baca selawat

"  Kejayaan tidak akan datang kepada manusia yang leka " 

Selamat Menjawab soalan peperiksaan PMR dan moga berjaya dengan cemerlang.

Saturday, October 3, 2009

LDP Raya SMKD.

Hari ini telah berlangsung LDP Raya di SMKD dan diteruskan dengan Ramah-tamah Aidil Fitri (2 dalam 1). Semua tampak gembira kerana dapat bermaaf-maafan dengan rakan-rakan sekerja. Semua bekerjasama untuk memastikan majlis berjalan lancar sesuai dengan tajuk LDP hari ini "Kerja Sepasukan". Sebuah organisasi umpama sepasukan bola sepak. Masing-masing mempunyai peranan sendiri ke arah memcapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Tiada siapa yang lebih penting, tapi semua dalam organisasi adalah penting. Bagaikan sebuah kereta, andai tayar bocor, pasti kereta tidak boleh bergerak walaupun peralatan yang lain dalam keadaan yang baik. Begitulah analoginya sebuah organisasi, perlu saling bekerjasama @ Team Work perlu padu. Bak kata pepatah " Muafakat membawa berkat ". Mudah-mudahan..

Gambar sekitar Ramah-Tamah Aidil Fitri SMKD:


 
 
Orang yang paling sibuk....tq...senyum ckit...
 
 
 
Tengah khusyuk dengar ceramah LDP.....
 
 
 
 
 
 
 Mulidi...Tqvm atas sumbangan anda selama ini.....


 
Enie.....sori.....jangan mare ya...
 
Jangan berebut dik....banyak lagi  juadah 2..
 
 
Part paling dinanti...menjamu selera le...
 
 Ai...bila pulak ada anak 2....?


Karaoke Raya pun ada......ada gaya.....

Kepada semua warga SMKD, saya mohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan.

Friday, October 2, 2009

Bantulah......atas nama kemanusiaan..

Gambar kejadian gempa bumi di Sumatera.



 

 

 







Petikan akhbar:

JAKARTA 1 Okt — Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengalu-alukan sebarang bantuan segera daripada Malaysia dan negara lain dalam usaha membantu mangsa bencana gempa bumi di Sumatera Barat, petang semalam. ( Sumber berita: Utusan Melayu Online, 01/10/09 ).


KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar pesawat kedua jenis Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 8.30 malam ini yang akan berlepas dari Pangkalan TUDM Subang dengan membawa pasukan perubatan dan kakitangan kementerian ke Padang. (Sumber: Berita harian online, 01/10/09).

Terima kasih Kerajaan Malaysia atas keprihatinan.

Lupakan sengketa antara kita. Indonesia dan Malaysia umpama adik beradik. Cubit paha kiri, pasti paha kanan akan terasa. Hubungan  Indonesia-Malaysia jangan disempitkan atas nama dua buah negara yang berdaulat, kerana sejarah telah membuktikan hubungan kekeluargaan telah berlaku sejak dulu lagi.  Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun. Atas nama kemanusiaan, bantulah rakyat Indonesia yang dilanda musibah. Jangan dipengaruhi oleh emosi yang akhirnya akan lebih mengeruhkan hubungan dan merugikan.Moga Allah S.W.T akan membalas segala sumbangan daripada anda semua.

Saya berbangga jadi warganegara Malaysia dan bersyukur tinggal di bumi yang aman dan permai ini. Ya Allah jauhilah rakyat Malaysia daripada segala bencana. Amin...

Kalori...

Harus diakui, adakalanya kita mudah berasa teringin untuk menikmati sesuatu apatah lagi jika juadah itu adalah menu kegemaran kita. Sukar benar menahan godaan nafsu. Hati pula kian kuat memujuk. Ya, tidak salah untuk menjamah tetapi anda perlu tahu apa yang perlu dilakukan untuk membakar kembali kalori tersebut.

Tahukah anda...?



Minuman tin cola = 1/2 tin mempunyai 100 kalori.

 
Kentang Goreng = Saiz sederhana mempunyai 380 kalori.



Nasi puti = 1/2 cawan mempunyai 210 kalori.



Aiskrim = 1/2 cawan mempunyai 270 kalori.



Kacang Goreng ( masin ) = 1/2 cawan mempunyai 160 kalori.



Pizza = 1 keping bersaiz kecil mempunyai 330 kalori.



Kerepek Kentang = 1 mangkuk kecil mempunyai 155 kalori.


Biskut sandwic @ berkrim = 3 keping mempunyai 160 kalori.


Ayam Goreng (Kepak) = 1 ketul mempunyai 915 kalori.

##  Berbaloikah kita makan...makanan di atas...? Lu fikirlah sendiri

Awet Muda dengan Air.



Menurut Helen Sher, seorang pakar kulit dari England, menyatakan membasuh muka dengan air suam 20 hingga 30 kali setiap pagi setelah bangun tidur dan setiap malam sebelum tidur, kulit akan lebih bersih berseri dan awet muda. Pelembap kulit semula jadi ialah air, selain minum, basuhlah muka dengan air seberapa kerap yang boleh.

  

###  Petua yang boleh diamalkan juga:  Basuh muka anda dengan membaca selawat sebanyak 3 kali selepas bangun tidur dan juga lakukan perkara yang sama sebelum anda tidur pada waktu malam. Insya Allah, anda akan awet muda, malah wajah akan berseri-seri. Selamat mencuba....

Info




Tahukah anda bahawa setiap manusia memiliki purata sekurang-kurangnya 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam?. Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti sekurang-kurangnya 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.