Wednesday, May 6, 2009

Selamat Hari Jadi Muhd Adam Zarif.

Hari ini adalah hari lahirmu. Selamat Ulang Tahun Sayang......... Doa mak semoga engkau dipanjangkan umur dan sukses dalam apa juga bidang yang engkau ceburi. Maafkan mak sayang, tiada sambutan untuk hari ini, kita tunggu ayah balik dari Miri, kita rai sama-sama hari jadi mak dan ayah nanti.

...Ya Allah, anugerahkanku anak yang sempurna, sihat sejahtera, beramal solleh , cerdik dan pintar .

Tuesday, May 5, 2009

Majlis Perpisahan

( Cikgu Nana duduk di barisan 1 dari kiri dan Cikgu Lucas duduk barisan 1 dari kanan )

...gambar kenangan sempena majlis perpisahan Cikgu Lucas dan Cikgu Nana yang akan berpindah ke stesen baru di Arena D' Sanglau, Oya. Selamat bertugas di tempat baru, jasamu tetap dikenang. Semoga lebih sukses di tempat baru, dan jalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Cikgu Lucas akan berpindah ke JPNS sebagai Penolong Pengarah Pendidikan Khas, manakala Cikgu Nana akan berpindah ke SMK Batang Igan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Tahniah diucapkan di atas perlantikan kalian.

( there is a great man who makes every man feel small. But the real great man is the man who makes every man feel great...... Gilbert K, Chesterton )

To be successful

You do not have to be rich or famous to be a winner - to be successful. If you make wealth a goal and you achieve it, that's a success. If you make fame a goal and achieve it, that's a success. However, you may choose to make a happy family life your goal. You may decide to make a worthwhile service to the community a goal. You may prefer to make the pursuit of excellence in a profession, trade or hobby your goal.

You dont have to be a celebrity or a well-known public figure to be successful. Plenty of quiet achievers in the world are enjoying their lives, pursuing their goals and making magnificent contributions to their community with a minimum of fuss and often no real recognition. They may be trademen, women at home, retired people, professionals or young people. They can be every bit as much winners as the people on the front pages receiving the awards.

...to acheive what you set your sight on - that is winning! That is success.

Monday, May 4, 2009

Petua Tidur Mengikut Sunnah Nabi

Di antara tip tidur mengikut sunnah nabi;

# Sebelum dan selepas tidur, baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa harian ini tetapi hakikatnya harga yang Allah janjikan adalah syurga.

# Jangan tidur mengadap kaki ke arah kiblat. Ini adalah kedudukan orang yang meninggal dunia.

# Sesiapa yang membaca tasbih Fatimah ( amalan zikir : Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali ). Sekiranya dia mati malam itu, maka dia dianggap sebagai mati syahid.

# Baca 4 Qul ( Surah Al-Ikhlas, Al-Kaafirun, Al-Falaq, dan An.Nas ) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

# Niat untuk bangun tahajud. Sekiranya tidak terjaga malam, Allah tetap mengira seolah-olah dia bertahajud sepanjang malam. Tahajud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

# Ambil wuduk sebelum tidur dan solat sunat taubat sebanyak 2 rakaat.

# Maafkan semua kesalahan orang lain terhadap kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur, boleh buka fail semula ( kalau mahu ).

# Tidur cara Rasullah adalah dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

...semoga tip di atas boleh dijadikan panduan bersama.

Salah Faham

Kisah sewaktu hari mengundi pada pilihanraya. Seorang lelaki tua bernama Pak Abu turut serta untuk membuang undi. Diapun terus ke tempat pendaftaran untuk menyemak namanya.

Kerani : Sila beri kad pengenalan.
Pak Abu : Ini dio ha.
Setelah menyemak kerani itupun member nombor lalul berkata :
Kerani : Pakcik masuk barisan, nombor satu.
Pak Abu : Tapi sayo tak nak masuk barisan do!
Kerani : Pakcik mesti masuk barisan juga, kalau tidak mata-mata marah nanti.
Pak Abu : Mato mato ko apo, sayo tak kiro, apo nak jadi jadilah sayo tetap tak nak masuk barisan, sayo parti bebas!
Kerani : Pakcik usah salah faham, saya suruh Pakcik berbaris di barisan sana tu bukannya suruh pangkah barisan nasional.
Pak Abu : La…………………..cakaplah dari tadi berbaris, ini tak.

Penderita Alergi

“ Teringin rasa nak makan udang dan ketam. Lamak sik makan. Tapi takut gatal”. Dailog yang sering kita dengar oleh penderita alergi. Ramai yang tertanya-tanya, apakah punca sebenar menimbulkan alergi?. Mengapa? Dan kalau harus berpantang, apakah jenis makanan lain yang perlu diambil sebagai pengganti kepada makanan yang menyebabkan alergi.

Udang , kerang, ketam dan segala jenis makanan laut sudah dikenal past secara meluas sebagai penyebab alergi. Padahal masih banyak lagi jenis-jenis makanan lain yang membawa gejala alergi tanpa disedari. Ada pula yang slergi terhadap logam nikel. Misalnya jam tangan, perhiasan dan pelengkapan nikel seperti kancing logam sering sahaja menimbulkan masalah kepada kulit. Apakah itu Alergi?...........

Dianggarkan 10 hingga 25 peratus kelompok manusia dikenalpasti sebagai penderita alergi. Dan yang terbanyak ialah alergi pada saluran nafas. Di saluran nafas, di bahagian atas boleh memberikan gejala bersin, hidung tersumbat serta batuk. Manakala pada bahagian bawah saluran nafas boleh membawa gejala asma dan batuk di malan hari yang kemudiannya boleh membawa pada kesan-kesan lain seperti sakit kepala, sakit kerongkong dan gatal-gatal pada bahagian mata.

Alergi berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud berubah. Alergi difahamkan sebagai gejala atau reaksi abnormal akibat perubahan tubuh yang terjadi ke atas seseorang akibat berlaku ketidak serasian tentang sesuatu zat makanan atau benda-benda lain.

Bagaimana Alergi terjadi?......... Alergi timbul kerana berlaku perubahan reaksi terhadap bahan-bahan tertentu. Bahan tersebut masuk ke dalam tubuh melalui pelbagai cara iaitu melalui pelbagai cara iaitu melalui kulit, pernafasan dan makanan.

Makanan apa yang sering menimbulkan Alergi?............................ Setiap jenis makanan dapat menimbulkan reaksi alergi. Yang sering menimbulkan reaksi alergi ialah susu, telur, makanan laut, kekacang dan coklat. Amat perlu diketahui bahawa seseorang yang alergi kepada sesuatu jenis makanan berkemungkinan besar ia juga adalah alergi kepada kelompok makanan lain yang tergolong dalam satu ‘famili’ makanan yang ia alergi.

Yang perlu diperhatikan oleh Penderita Alergi…………………. # Hindari makanan yang diproses : Makanan yang diproses biasanya mengandungi kalori yang tinggi dan menggunakan bahan pewarna serta bahan pengawet. Ini perlu dihindari. Sebaliknya gunakan makanan yang tidak diproses seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

# Makanlah makanan yang berkhasiat dengan jumlah yang cukup : Kekurangan zat besi, vitamin A, B, C, D, E sering menjadi punca utama seorang itu mudah alergi. Justeru itu, makanlah jenis-jenis makanan mengikut menu yang betul.

# Berhenti merokok dan minum alcohol : Merokok merupakan penyebab utama stress, di samping mengurangkan kemampuan tubuh untuk menyesuaikan dan mengimbangkan bahan-bahan yang dimakan.

Faktor-faktor lain yang perlu kita lakukan untuk menggelakkan derita alergi ialah jauhi diri dari segala bentuk masalah dan ketegangan. Sebaliknya kita hanya perlu memastikan bahawa kita cukup tidur dan selalulah bersenam kerana ia akan menjadikan diri kita lebih sihat.

*** yang penting, berpantang.

Ketawalah............

Seseorang itu ketawa apabila merasa sesuatu yang melucukan, mengembirakan dan mecuitkan hati. Menurut kajian , ketawa mempunyai kesan baik ke atas fikiran dan tubuh badan manusia. Hasil penyelidikan Profesor William F. Fry M., dari Fakulti kedoktoran Jiwa Stanford, Universiti Perubatan, California, Amerika Syarikat: Ketawa dapat meningkatkan denyutan nadi, menggerakkan otot-otot muka dan perut, melancarkan sirkulasi darah serta mempercepatkan pernafasan. Orang yang ketawa sepuas-puasnya sehingga terbatuk-batuk, akan memberangsangkan otak dan membersihkan paru-paru. Udara dapat masuk dan keluar lebih banyak daripada keadaan biasa. Ketika ketawa tubuh badan seseorang itu akan berada pada tahap releks. Dalam beberapa saat, tekanan darah, saluran pernafasan dan denyutan nadi turun di bawah paras normal serta otot-otot mengendur.

Saban hari kita akan menghadapi pelbagai situasi yang amat tidak menyenangkan seperti berhadapan dengan pelbagai masalah,kenakalan banak-anak, kesibukan lalulintas jalan raya atau pejabat, terlewat dating ke pejabat yang boleh mengancam jiwa dan emosi. Keadaan begini menimbulkan stress atau tension atau ketegangan yang boleh membuat tubuh nudah terkena penyakit. Tetapi dengan ketawa sekurang-kurangnya dapat meredakan ketegangan tersebut.

Serangan penyakit jantung juga boleh dicegah dengan ketawa. Suatu hormon (stress) yang menekan kekebalan tubuh dapat membahayakan jantung dan pembulu atau arteri, terukalau hormon sering dikeluar oleh tubuh. Dalam pada itu ketawa didapati boleh merangsangkan perubahan fisiologi dalam tubuh dan dapat mengurangkan sakit. Jelas bahawa apabila seseorang ketawa, otak akan mengeluarkan hormone-hormon catecholamine yang dapat merangsangkan pelepasan hormone endorphin, sejenis morfin yang dihasilkan tubuh untuk menghilangkan rasa sakit.

Oleh itu, sebagai langkah untuk merehatkan fikiran dan menenangkan otak, tontonlah rancangan tv atau filem berunsur komedi yang menimbulkan kelucuan. Ini disebabkan ketawa bukan sahaja mengurangkan rasa sakit, malah juga ubat atau penawar yang paling berkesan menyembuhkan keresahan atau kesakitan. Di samping itu, dengan ketawa, muka akan kelihatan lebih berseri-seri. Ini merupakan ubat awet muda yang mujarab.

Jenaka dan humor boleh dimanfaatkan sebagai kaedah mengakrabkan persahabatan sepasang kekasih atau suami isteri yang selalu bertengkar. Maksudnya ketawa dapat mengalihkan perasaan marah dan segala perasaan negative terhadap seseorang. Dengan demikian humor dapat memperkukuhkan ikatan kemesraan yang sedia ada . Seterusnya humor meringankan ketegangan yang timbul di antara mereka.

Hakikatnya, ketawa bukan sahaja memperlihatkan keperibadian seseorang iaitu mempunyai keyakinan diri, berfikiran terbuka, tidak kaku dan lebih kreatif, malah bijak mempertimbangkan sesuatu perkara tanpa mengikut rasa hati.

*** ketawa biarlah bertempat, takut orang kata kita 'gila' pulak.