Udang , kerang, ketam dan segala jenis makanan laut sudah dikenal past secara meluas sebagai penyebab alergi. Padahal masih banyak lagi jenis-jenis makanan lain yang membawa gejala alergi tanpa disedari. Ada pula yang slergi terhadap logam nikel. Misalnya jam tangan, perhiasan dan pelengkapan nikel seperti kancing logam sering sahaja menimbulkan masalah kepada kulit. Apakah itu Alergi?...........
Dianggarkan 10 hingga 25 peratus kelompok manusia dikenalpasti sebagai penderita alergi. Dan yang terbanyak ialah alergi pada saluran nafas. Di saluran nafas, di bahagian atas boleh memberikan gejala bersin, hidung tersumbat serta batuk. Manakala pada bahagian bawah saluran nafas boleh membawa gejala asma dan batuk di malan hari yang kemudiannya boleh membawa pada kesan-kesan lain seperti sakit kepala, sakit kerongkong dan gatal-gatal pada bahagian mata.
Alergi berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud berubah. Alergi difahamkan sebagai gejala atau reaksi abnormal akibat perubahan tubuh yang terjadi ke atas seseorang akibat berlaku ketidak serasian tentang sesuatu zat makanan atau benda-benda lain.
Bagaimana Alergi terjadi?......... Alergi timbul kerana berlaku perubahan reaksi terhadap bahan-bahan tertentu. Bahan tersebut masuk ke dalam tubuh melalui pelbagai cara iaitu melalui pelbagai cara iaitu melalui kulit, pernafasan dan makanan.
Makanan apa yang sering menimbulkan Alergi?............................ Setiap jenis makanan dapat menimbulkan reaksi alergi. Yang sering menimbulkan reaksi alergi ialah susu, telur, makanan laut, kekacang dan coklat. Amat perlu diketahui bahawa seseorang yang alergi kepada sesuatu jenis makanan berkemungkinan besar ia juga adalah alergi kepada kelompok makanan lain yang tergolong dalam satu ‘famili’ makanan yang ia alergi.
Yang perlu diperhatikan oleh Penderita Alergi…………………. # Hindari makanan yang diproses : Makanan yang diproses biasanya mengandungi kalori yang tinggi dan menggunakan bahan pewarna serta bahan pengawet. Ini perlu dihindari. Sebaliknya gunakan makanan yang tidak diproses seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar.
# Makanlah makanan yang berkhasiat dengan jumlah yang cukup : Kekurangan zat besi, vitamin A, B, C, D, E sering menjadi punca utama seorang itu mudah alergi. Justeru itu, makanlah jenis-jenis makanan mengikut menu yang betul.
# Berhenti merokok dan minum alcohol : Merokok merupakan penyebab utama stress, di samping mengurangkan kemampuan tubuh untuk menyesuaikan dan mengimbangkan bahan-bahan yang dimakan.
Faktor-faktor lain yang perlu kita lakukan untuk menggelakkan derita alergi ialah jauhi diri dari segala bentuk masalah dan ketegangan. Sebaliknya kita hanya perlu memastikan bahawa kita cukup tidur dan selalulah bersenam kerana ia akan menjadikan diri kita lebih sihat.
*** yang penting, berpantang.
No comments:
Post a Comment