Krisis ekonomi yang melanda dunia membuatkan semua orang resah. Ada yang mengatakan ekonomi akan pulih tetapi kenyataannya semakin ramai yang sudah diberhentikan kerja. Malah kegawatan tahun ini dikatakan lebih teruk berbanding tahun 1997 lalu. Kegawatan yang berlaku ini membuat semua orang terasa kesannya. Ia memberikan kesan yang sangat teruk, bukan sahaja yang berkeluarga, bahkan yang bujang juga. Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa tahun 2009, kegawatan yang dirasakan begitu hebat sekali.
Membaca berita-berita di dada akhbar dan mendengar cerita teman-teman yang menerima tempias berkenaan, menjadikan kita tidak senang duduk memikirkan apa akan jadi sekiranya bahana kegawatan itu terkena diri sendiri. Pasti akan kalut dan stres rasanya apabila berada dalam situasi itu. Buntu, kelam kabut, mengeluh dan meratapi nasib. Tetapi janganlah keluh kesah sehingga mengganggu dan menggugat kehidupan anda dan keluarga. Bersedih dan stress bukan cara menghadapinya, tetapi berusahalah melaluinya dengan fikiran terbuka dan hati yang tenang dan ingat lah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya dan Allah sentiasa bersama kita. Dan ia bukan pengakhir kehidupan. Ia sebenarnya adalah ujian kekuatan minda dan jiwa. Setelah yakin bahawa ini adalah ujian Allah, berusahalah untuk mengubahnya dan jangan hilang harapan dan cuba keluar daripada kemelut berkenaan. Firman Allah dalam surah Al-Quraisy ayat 4: “ Tuhan yang memberi penghidupan, menyelamatkan mereka daripada kelaparan dan mengamankan mereka daripada ketakutan”.
...ada hikmah di sebaliknya, agar kita lebih mendekatkan diri kepadaNya, mungkin sebelum ini kita jauh daripadaNya.
No comments:
Post a Comment