Walaupun ilmu pengetahuan telah semakin berkembang, namun dari sudut kemanusiaan itu sendiri telah mula terhakis. Manusia semakin materialistik dan individualistik sehingga ke suatu tahap menjadi semakin ekstrem. Lupa tujuan kenapa mereka dilahirkan. Hakikatnya, tidak semua yang bersifat ‘negatif’ itu membawa kesan yang tidak baik. Mungkin banyak rahsia yang kita tidak tahu. Sememangnya dalam hidup ini, penuh dengan perkara-perkara yang kita sendiri tidak boleh menjangka. Sewajarnya kita kena sentiasa bersedia sama ada dari segi minda mahupun dari segi persediaan fizikal. Apapun kehidupan ini perlu diteruskan juga.
Namun itulah hakikat kehidupan. Semua bersifat misteri, kadangkala perkara yang kita rangka dan usahakan, akhirnya menjadi perkara lain pula. Semuanya berlaku di luar jangkaan. Tidak semua yang kita impikan akan kita capai.
Itulah hakikat kehidupan. Betapa perit sekalipun kejadian yang menimpa kita, ingat masih ramai orang yang di luar sana lebih teruk dan jauh menderita dari kita. Kalau sekadar kehilangan pekerjaan, dunia masih belum kiamat lagi. Matahari masih lagi bersinar dan akan terus bersinar memancarkan cahayanya ke seluruh alam. Begitulah ibarat kehidupan manusia, mentari sebagai pemberi harapan yang akan terus menyinari dan melenyapkan segala bentuk kedukaan. Yang penting kita perlu tabah dan bersemangat, sentiasa sanggup dan bersedia mengharungi apa sahaja dugaan dalam kehidupan ini.
Namun hanya segelintir sahaja yang berjaya dan menerima keadaan yang sedia ada. Itulah insan luar biasa, yang merupakan orang biasa tetapi mempunyai sikap yang luar biasa. Manusia ini mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, malah tabah dan bersedia menghadapi apa sahaja rintangan hidup yang telah ditentukan Allah. Insan begini mempunyai keberanian dan jiwanya adalah kental.
….berusahalah mencari keredhaan Allah dalam semua perkara yang kita lakukan. Mudah-mudahan kita akan terus dirahmati Allah. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment