Segala sifat-sifat baik dan sifat-sifat yang buruk datang dari hati. Rasullah S.A.W pernah bersabda dalam sepotong hadis : “ Ketahuilah, bahawasanya pada tubuh itu ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah seluruh tubuh itu.Jika buruk, buruklah pula seluruh tubuh. Ia tiada lain, ialah hati “ ( Riwayat Bukhari ).
Maksiat-maksiat batin atau maksiat yang dilakukan oleh hati kita banyak, antaranya ialah hasad dengki, bakhil, marah, sombong, takabbur, riya’, dan terlalu cinta kepada dunia. Kita mungkin tidak menyedari adanya penyakit-penyakit hati pada diri kita kerana ianya tidak dapat dilihat, tetapi kita tidak dapat berselindung daripada Allah S.W.T yang mengetahui segalanya. Walaupun penyakit ini sukar dan berat untuk kita ubati tetapi kita perlu dan wajib mengikisnya dari terus bersarang dalam hati kita.
Maksiat-maksiat hati seperti yang dinyatakan perlu dan wajib diperangi kerana ia akan menyebabkan penderitaan dijiwa, malah boleh menghapuskan pahala amal ibadat seseorang. Sebaliknya ditakuti bila nafsu dan syaitan akan menguasai hati dan akan tersalut pula di hati rasa keraguan dan syak ataupun lintasan was-was yang mengugat keimanan kita. Oleh itu, hiasi dan serikanlah hati kita dengan sifat-sifat terpuji supaya hidup kita beruntung dan berbahagia di dunia dan akhirat.
3 amalan menghapuskan dosa, sekaligus mengangkat darjat:
@ Menyempurnakan wuduk
@ Memperbanyakkan langkah ke masjid
@ Menunggu waktu solat
### selalulah mengingati “MATI, insya Allah akan mendekatkan diri kita kepada Allah.
No comments:
Post a Comment