Ingin tahu apa ciri yang perlu ada pada lelaki? Ciri-ciri berikut mungkin dapat menjadikan anda digemari wanita;
☼ Yakin diri : Keyakinan merupakan kualiti diri lelaki yang sering menjadi buruan wanita. Sebagai lelaki sejati, jangan menyerah kalah sebelum membuatnya dengan baik.
☼ Penghibur : Wanita suka lelaki yang kelakar, tetapi jangan sesekali anda tersengih-sengih tidak tentu pasal atau buat-buat ketawa. Wanita sukakan lelaki yang boleh jadi penghibur dan menceriakan hari-harinya.
☼ Romantik : Wanita memang menginginkan lelaki yang romantik sebagai pasangannya. Romantik tidak semestinya gatal atau mahu berkepit 24 jam. Bagi wanita, lelaki romantik adalah lelaki yang pandai mengambil berat dan bijak menggunakan kata-kata, mengambil berat dan penyayang.
☼ Berduit : Kasih sayang memang asas perhubungan, tetapi dalam mencari pasangan, duit dan kerjaya adalah antara perkara yang menjadi kayu pengukur sama ada lelaki itu diterima atau tidak. Ini bukan bermakna mata duitan atau materialistik, tetapi mereka perlukan kehidupan yang lebih terjamin.
☼ Jack of all trade : ( Mengetahui semua perkara walaupun tidak secara terperinci ). Wanita suka jika pasangannya boleh diajak berbincang mengenai apa jua topik. Oleh itu tidak dinafikan, wanita sukakan lelaki yang bijak dan berpelajaran tinggi, kerana mampu mengemudi perhubungan dengan lancar dan boleh menjadi pakar rujuk sekaligus penyelamat mereka sekiranya berlaku sesuatu perkara.
☼ Sensitif : Jadilah pendengar dan teman setia kepada pasangan anda. Sekiranya pasangan anda meminta pandangan, berikan pandangan yang tidak akan mengeciwakan hatinya. Jangan pula anda menjadi 'terlebih sensitif' kerana wanita memerlukan lelaki yang 'mantap' fizikal dan mental untuk dijadikan tempat berteduh.
☼ Sukakan kanak-kanak :Wanita menganggap lelaki yang sukakan kanak-kanak mampu menjadi suami dan bapa yang penyayang.
☼ Berdandan dan bergaya : Berdandan dan melawa tidak terhad kepada wanita sahaja kerana kebersihan dan kekemasan boleh memberi kesan dalam perhubungan. Pastikan mulut anda tidak berbau, misai dan janggut sentiasa kemas. Manakala kuku dipotong pendek, rapi dan bersih.
☼ Berusaha menjadi sempurna : Realitinya tiada yang sempurna di dunia ini baik lelaki ataupun wanita. Namun berusaha untuk menjadi yang terbaik amat digalakkan, kerana semua manusia ada kelebihan masing-masing. Lakukan setiap perkara dengan sebaik mungkin. Tapi jangan berpura-pura nanti si dia terlepas dari 'genggaman'.
.....Pilihlah yang serasi dengan kita.
Lebih afdal pilihlah yang kuat iman dan agamanya, agar dapat membimbing ke arah keimanan dan takwa kepada Allah.
ReplyDelete